Friday, February 12, 2016

Abah dan Hospital

Abah memang tak asing dengan hospital. Berulang alik ke hospital memang perkara biasa. Bukan sebab abah sakit tapi sebab tengok orang sakit. Yang paling kerap ialah tengok mak sebab mak banyak kali jugak masuk hospital ni.
 
Tapi semalam memang sejarah. Buat pertama kalinya dalam hidup selama 72 tahun ni, abah ditahan di hospital.
 
Puncanya adalah abah jatuh dalam bilik air di rumah pagi semalam. Puncanya itu yang menjadi tanda tanya. Abah tak sedar macam mana abah boleh jatuh.
 
Bila sampai hospital, macam-macam ujian dibuat. Bp test, blood test, ecg, brain scan. Result semua ok. Alhamdulillah.
 
Tapi sebab usia abah dah 72 tahun, maka hal jatuh tanpa sedar ini agak serius pada pandangan doktor. Jadi doktor tahan abah sehari (atau dua hari) untuk buat pemerhatian terhadap jantung abah.
 
Korang tolang doakan agar semuanya baik -baik sahaja untuk abah ya.
 
Ni ada beberapa keeping gambar yang sempat diambil masa abah di kelas 3. Alhamdulillah pukul 11 semalam dapat pindah ke Kelas 1. Selesa lah sikit sebab ada aircond kan. Syukur-syukur.
 

Abah bercerita dengan ceria sekali dengan Doktor Pakar Neuro
Pertama kali dalam hidup abah makan makanan hospital. Ceria jugak kan?
Gelang tangan hospital abah pakai dalam hidup. Semoga ini yang pertama dan terakhirlah hendaknya.

2 comments:

  1. Allahuakbar ... moga abah cepat sembuh ye kak!

    abah nampak ceria...insya-Allah...semuanya baik-baik...

    ReplyDelete