Monday, February 29, 2016

Weekend Getaways!

27 - 28 Februari 2016
Glory Beach Resort, Port Dickson.
 
Dah lama tak pergi Port Dickson. Memang Port Dickson tu takdelah best mana. Tapi Port Dickson selalu jadi tempat pilihan kami sekeluarga untuk berehat terutamanya bila kami ingin keluar dari hiruk pikuk KL tapi malas untuk berjalan jauh. Port Dicksonlah yang paling sesuai untuk kami sekeluarga.
 
Hujung minggu lepas kami ke Port Dickson. Kami yg sedikit bukan kami semua. :-). Weekend Getaways ni hanya untuk abah dan anak - anak bujang abah jer - Anyah, Ayang (me), Ateh & Acu... Ehhh...termasuk sorang yg dah kawin, Andak sebab suami Andak keje sampai malam. Jadi kesian pulak tinggal dia bertiga beranak.
 
Weekend getaways yang tak dirancang awal. Terfikir nak bawak Abah berehat. Terus cari hotel...check Ilham Resort tempat favourite Abah dan Mak...tapi fully booked pulak. Terfikir Glory Beach..terus call...ada bilik...nak terus booking tapi diorg cakap booking online lagi murah. Jadi terus check online..memang betul..murah dalam rm100 jugaklah. Jadi apa lagi teruslah booking online.
Maka terjadilah percutian pendek kami.
 
Kadang-kadang kita tak perlukan tempat yang mahal dan hebat untuk merasa gembira. Yang penting kita bersama-sama orang yang tersayang. Betul tak?
 
 

2 comments:

  1. SAlam - Dah ziarah blog tetapi hari ini baru sign jadi pengikut. Seronoknya dapat ke luar dari Keyel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Blog picisan jer ni. :-)
      Aah mmg seronok kak keluar keyel walaupun sekejab. tenag jer rasa dok kat pantai kan. :-)

      Delete