Monday, February 29, 2016

Tun Mahathir Umum Keluar UMNO

Hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang penarikan diri beliau dan isteri dari parti UMNO. Pengumuman tersebur dibuat melalui satu siding akhbar yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana. Penarikan diri tersebut berkuat kuasa serta merta.
 
Alasan yang diberikan oleh Tun Mahathir bagi penarikan diri beliau adalah parti di bawah kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak itu tidak lagi sama dengan UMNO yang terdahulu.Tun Mahathir juga dilaporkan berkata:

"Saya ingin meninggalkan UMNO kerana ia bukan lagi UMNO. Ia adalah parti yang kini hanya menyokong Najib, 'melindungi' Najib dan saya tidak boleh menjadi ahli parti sedemikian."

"Pada saya, ia bukan lagi parti UMNO, tetapi parti Najib, " katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Aida tidaklah ingin mengulas panjang tentang isu ini. Sesungguhnya iklim politik Malaysia sekarang dalam keadaan yang tiak menentu. Banyak perkara boleh terjadi. Pedebatan antara sesame pemimpim, perdebatan rakyat melalui media social dan pelbagai lagi.
 
Secara peribadi Aida sebenarnya tidak sukakan keadaan ini. Tapi apan daya? Apa usaha yang boleh dibuat untuk memperbaik semuanya? Hanya mampu berdoa pada Ilahi semata-mata. Semoga Allah memelihara kita di Malaysia ini.
 
Photo Credit to AStro Awani

2 comments:

  1. dulu tun penah keluar umno jgk kan sebelum pilihanraya tp tun msk umno balik...
    skrg ni mungkin tun dh nekad.... politik negara skrg nih mmg nmpak sgt tempangnya....
    ramai pak2 menteri skrg nih ckp tak gunakan otak lbh banyak ckp guna kepala lutut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana. Tun dan pernah keluar UMNO dulu dan masuk balik. Lepas ni tak taulah macam mana. Kita tengoklah. Politik Malaysia memang tengah sakit sekarang. Huhuhuuu...

      Delete