Skip to main content

Cerita tentang Gaji

Sila luangkan masa untuk baca....
Aida ambil ni dari FB penulis popular Ulu Yam di Liverpool, Nazali Noor.
Luangkan masa ya kawan-kawan.
--------------------------------------------------------
CERITA DARI HATI (#CDH)

Entri XXX: Bila gaji tak cukup dan apa arwah mak buat untuk saya?
 
Bulan Februari agak istimewa kan? Jumlah harinya kurang dari jumlah bilangan hari dari bulan bulan yang lain. Dan biasanya pada yang dapat gaji ngam ngam pada penghujung hari di setiap bulan maka bulan Februari bulan yang kita dapat gaji awal beberapa hari dari bulan biasa. Kira macam bonuslah kan? :-)
 
Arwah mak dari saya sekolah lagi ingatkan saya
" Onn nanti dah kerja jangan lupa bagi duit kat mak.. Kat ayah tau?"
 
Saya senyum. Mak tambah lagi soalannya pada saya.
" Tau tak kenapa kena bagi duit kat mak kat ayah?"
 
Saya makin senyum
" Laaa itupun mak nak tanya? Dah memanglah anak kena bagi duit kat mak ayah dia. Mak ayah penat susah payah besarkan dia. Dah besar.. Dah kerja.. Kenalah balas budi mak ayah!"
Konfiden saya jawab.
 
Mak senyum.
"Itupun betul Onn.
 
Tapi ada satu lagi jawapan dia. Onn nak tau?"
 
Dahi saya berkerut. Kepala saya anggukkan laju laju. Saya alih tempat duduk saya rapat kat kaki mak sambil tampung kaki mak kat betis urut tapak kaki mak.
 
" Onn nak hidup berkat tak nanti? Kalau Onn nak hidup berkat Onn kena bagi duit gaji kat mak ayah.
Mak tak harap banyakpun. Sikitpun takpa. Ambik berkatnya tu. Onn tau tak mana mana mak ayahpun besarrrr sangat hati kalau dapat duit dari anak anak tau?"
 
Dahi saya tambah berkerut.
 
Saya tanya mak
"Berkat tu cemana eh mak?"
 
Mak senyum lagi
 
Mak jawab
"Berkat tu kita rasa tak pernah sempit.
 
Walau sikit aja duit kita tapi tak sempit. Selesaaaa aja. Kadang kadang sebab duit kita susah hati.
Tapi kalau berkat kan Onn, rezeki kita yang tak banyak tu kita boleh kongsi kongsi lagi kat orang"
 
Saya mula faham.
 
Mak tambah lagi.
"Sebab tu Onn tengok ada orang yang dia kerja kampung aja motong getah anak ramai lak tu.
Tapi anak anak dia semua pandai pandai kan?
 
Aaaa hidup berkatlah tu tau?
 
Onn nak hidup berkat kan?"
 
Saya angguk laju laju.
"Nanti dapat gaji bagi duit tau kat mak dengan ayah ya? Ambik berkatnya eh nanti?"
 
Pesan mak lekat kat otak saya. Saya masih ingat lagi. Gaji pertama saya kerja salesman jual periuk lepas SPM tahun 1989. Dapat RM 200 lebih. Masa tu kerja kat Cheras. Dapat aja gaji kat tangan saya mintak izin dengan Boss nak balik Ulu Yam. Kami dok rumah sewa boss bagi jadi saya naik bas mini pergi Puduraya ambik bas balik Ulu Yam. Sampai rumah mak saya keluarkan duit gaji tu.
" Mak ni gaji pertama Onn ni mak. Dapat RM200 lebih. Mak ambiklah RM 200 ni ya mak? Mak takyah risau Onn. Nanti kat Cheras sir tu bagi kami dok ramai ramai takyah bayar sewa. Makanpun dia bagi beras lauk semua makan ramai ramai. Mak ambik ya mak? Bagi ayah sama"
 
Mak ketap bibir. Mak kira sehelai sehelai duit RM 50 ada 4 keping. Mak cium duit tu. Mak lipat 3 helai. Mak pulangkan kat saya balik.
 
Saya tersentak!!
"Eh apa ni makkk? Janganlah mak. Ambiklah makkk"
 
Saya dah nak menangis dah!
 
Mak usap pipi saya. Mak senyum.
" Banyak ni Onn. Mak ambik sikit aja ya? Nanti Onn nak belanja kat KL tu? Nah ambik ni ya?"
"Makkkkkkk.. Janganlah mak.. Ambiklah ya mak?"
 
Mak senyum
" Banyak ke sikit ke tak kisah Onn. Onn nak berkatnya kan?"
 
Sampai sekarang saya ingat pesan mak tu. Semenjak tu saya memang tak lupa bagi mak duit lepas dapat gaji. Masa sempit macamanapun. Duit mak ayah saya akan dulukan. Kalau saya sesak Ain akan tanya saya
"Duit mak abang dah bagi bang?"
 
Kalau saya tak cukup duit Ain yang bagi kat saya duit mak Sebab Ain tau pesan mak pasal berkat dalam hidup. Pernah sekali aja saya sesak sangat Saya pergi rumah mak mintak maaf kat mak.
Kata saya sempit sangat duit tak cukup.Mak ajak saya pergi pekan Batang Kali.
" Pergi mana ni mak"
" Onn ikut ajalah mak ya?"
 
Rupanya mak ajak gi pejabat pos. Mak keluarkan duit ASB. Mak bagi saya duit! RM 500. Mati mati saya tolak!
" Taknak makkkk!!!  Dahlah tak bagi mak duit bulan ni. Nak ambik duit mak lagi?"
 
Tapi mak kata kat saya
" Ni bukan duit mak ni Onn. Ni semua duit Onn yang onn bagi bulan bulan kat mak tu. Kan Onn susah kan? Onn ambiklah ya? Kalau taknak ambik Onn pinjam aja. Ada duit bayar balik nanti eh? Onn jangan risau. Mak sentiasa doakan Onn berkat hidup anak beranak. Ambik ya Onn?"
 
Itulah sekali saya tak bagi duit kat mak. Sebab saya tamak sangat doa dari mak ayah Saya nak sangat berkat pendapatan tu. Jadi ni saya nak panjangkan pesan arwah mak saya ni.
 
Ni hujung bulan kan?
Dah gaji dah kan?
Baliklah eh?
Jenguk mak ayah kat kampung
Kongsilah sikit duit kita kat mak.. Kat ayah..
Tak banyak sikitpun jadilah
RM 10 ke kan?
 
Berkat doa mak ayah tu yang kita dambakan betul tak?
Saya ni...Ada duit banyak manapunlah sekarang. Mak ayah takda dah nak bagipun.
Cuma dapat doa aja dan panjang panjangkan ilmu arwah mak dan ayah bagi dulu kat sini.
Mana tau ada yang tersapa hati ke kan?
 
Dapat titip sikit pahala buat arwah mak dan ayah kat SANA kan?
Baliklah ya jap?
Sikit ke banyak bukan perkara pokok.
Bak kata mak saya
Berkat tu yang kita cari.
Baliklah ya?
Ya?....
(Please....)
 
P.S.
Jemput baca buku terbaru saya ANAK ANAK ABAH (#AAA) yang ada satu bab kisah pesan arwah mak kat saya yang macam ni ceritanya.
Doakan arwah mak dan ayah saya bahagia d syurga ya?
Al-Fatihah

Comments

  1. aduh kak... mule2 baca ok lg msk pertengahan tibe2 je meleleh airmata... terus ingat diaorg yg kt kg... ye dana culas bg duit gaji kt depa, selalunye time balik kg 3bln sekali, kadang dana bankin je kt abah... insyallah lps nih dana akan cuba bankin tiap kali dpt gaji kt abah... tak kisahla berapa yg termampu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagilah Dana walaupun sikit kalau itu yang termampu. Yang penting bagi. Akak pun menangis jugak baca tulisan Abg Naz ni. Memang menyentuh rasa. Dana cubalah baca buku dia pulak. Ada 3 karya dia sekarang ni. 1) Ulu Yam di Liverpool, 2) Ulu Yam di Liverpool 2 dan 3) Anak-Anak Abah. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat. Insyaallah. bacaan santai yang sangat meruntun jiwa.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah