Monday, February 22, 2016

Sudirman Haji Arshad Dalam Kenangan

Pada hari ini, 24 tahun yang lalu kita dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah, penghibur no. 1 negara, penghibur kesayangan ramai, Sudirman Haji Arshad. 
 
Masih segar dalam ingatan saat menerima berita yang menyayar hati tersebut. Aida merupakan salah seorang daripada jutaan peminat beiau.Betapa sedih rasa hati bila mendengar berita tersebut. Pada masa itu Aida dan keluarga berada di Sabah. Kami baru sahaja berpindah ke Sabah kerana Abah dihantar bertugas di Sabah untuk tempoh dua tahun.Kalau dekat mau rasanya terbang ke Temerloh kerana Sudir akan dikebumikan di sana. Tapi jarak beribu batu menghalang daripada berbuat demikian.Jadi hanya doa dan tangisan sahaja yang mengiringi pemergian beliau.
 
Begitu pantasnya masa berlalu. Tanpa kita sedar sudah 24 tahun Sudir meninggalkan kita. Beliau hidup tidak lama tetapi jasanya kepada Negara terutamanya dalam industry huburan tidak dapat disangkal. Begitu besar sumbangannya dalam mengharumkan nama negara.
 
 Marilah kita sama-sama berdoa agar segala kebaikan yang diberikan kepada kita mendapat ganjaran pahala yang dapat membantu beliau di sana nanti. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.
 
SUDIRMAN HAJI ARSHAD
24 MEI 1955 - 22 FEBRUARI 1992
 
  
 

2 comments:

  1. masa tuh dana baru 10thn kak masa dia meninggal...

    lg lah tak sempat mengenali sgt arwah cuma kenal lagu2nya.... masa tuh bila baca surat khabar nk sgt tau sbb apa dia menghilangkan diri n dia sakit apa...

    ReplyDelete
  2. al fatihah..ingt lg ms tu...dgr drpd radio ckp sudirman meninggal... ms tu tk minat sgt dia, tp tau lagu2 dia... :-((

    ReplyDelete