Skip to main content

Insiden Seluar Koyak

Amacam? Tragis tak tajuk entri aku kali ni?  Memang tragis ni. Memang insiden yang memalukan kalau terpakai seluar kkoyak ataupun seluar yang dipakai tiba-tiba terkoyak. Huhuhuu...
 
Mesti korang nak tau kat mana dan bila insiden tu berlaku kan? Jawapannya kat gym hari Sabtu lepas. Oh tidakkkkk...Jangan salah faham. Bukan seluar aku yang koyal tapi seluar5 orang lain.Hehehee....
 
Sebenarnya kan masa aku kat gym aritu, ada lah mamat sorang aku tengok macam poyo jer. Gaya macam bagus jer. ke hulu ke hilir entah apa yang dicari aku pun tak tau. Masa tu aku rengah jogging manja atas treadmill. Aku dok perati je lah perangai dia. Sebab kebetulan skrin TV depan aku tu takde cerita best. So aku dok tengok orang lah.
 
Daripada ke depan ke belakang akhirnya dia stop depan aku. Ehhhh...bukan dia tengok aku tapi dia naik atas treadmills depan aku tu. Finally dok diam pun dia. Sebelum start berlari atas treadmill tu dia betullan baju dia. Dia pakai sleeveless shirt. Dia naikkan shirt dia sampai atas pusat. Motif aku tak tau. Sakit gak mata aku sebab dia pakai seluar fit tu. Tapi lantak ko lah.
 
Bila dia dah start berlari tu aku tak tengok dah sbb aku bukannya tengok dia tapi tengok gelagat dia tadi. Bila dia dah dok diam aku rasa dah takde apa nak tengok. Aku mulalah melilau pandai benda lain. Tiba-tiba aku terpandang dia. Oh tidakkkkk....Seluar dia yg fit tu koyak kat punggung. Dalam 1-2 cm jugak koyaknya. Yang buat aku perasan sangat tu sebab dia pakai seluar warna hitam dan dia pakai underwear warna kuning. Ya warna kuning. Oh man....malunya....Aku yang menengok ni pun malu ok. Nak tukar treadmill aku malas sbb dah setting siap dah kat treadmill aku tu. Jadi aku kena tutup matalah.
 
Malu pun ada kesianpun ada tau. Kalau ikut hati macam nak bagi tau jer. Tapi kang dia lagi malau pulak. Minah sebelah aku pun dah dok gelak-gelak dengan member dia. Kesiannya mamat poyo tu.
 
Moral of the story jangan pakai underwear warn-warna camtu kalau pergi gym. Hehheee. Sebab kalau seluar koyak taklah nampak sangat. Warna kuning, merah, oren, dan yang seumpama dengannya tolognglah hindari ya. :-)

Comments

  1. Tragisnya..huhuhu.

    ReplyDelete
  2. better bgtau dr die tatau dah semua org tau seluar die koyak .... kesian mamat tu wlupun poyo hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terfikir nak bagi tau tapi kang nanti dia kata I dok tengok dia plak...hahahahaaa....

      Delete
  3. aida ... akak duk terbayang dahni.. ha..ha.. tak baikkan...
    tapi kesian lak ngan dia.. kalau dia tak poyo sangat orang tak perasanpun kot..
    dah koyak der hati duk depan orang..eh lebih lak komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak. saya pun mmg kesian tapi tak tau camner nak tolong dia. harap2 lepas ni janganlah jumpa dia dgn seluar koyak tu lagi. harap2 lepas ni dia perasanlah seluar ia koyak kan?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kakda kongsikan sesuatu yang Kakda teeima daripada Whatsapp Group. Semoga dapat memberi manafaat kepada kita semua. MALAM INI, malam doa diterima, jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita.  Hari ini 28 March 2021 adalah malam nisfu syaaban sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر. Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke lang