Skip to main content

Aiman dan Jaundice Lagi

Dah seminggu anak buah aku, Aiman Syafiq ditahan di hospital kerana masalah Jaundice katanya. Aiman diletakkan di bawah lampu @ Sinar Biru Ultraviolet dan setiap hari Aiman akan diambil darah untuk ujian makmal. Bacaannya kadang-kadang turun dan kadang-kadang naik. Walau pun Aiman kelhatan agak aktif, menangis seperti biasa, minum susu seperti biasa dan boleh menggerakkan badan agak pantas tapi kulit Aiman sedikit biru. Bila ditanya pada Juru rawt katanya Aiman sejuk. Tutup aircond untuk kuragkan kesejukan tu. jadi mama AIman ikut sahajalah. Doktor yang dating melihat Aiman setiap hari pun tak berkata apa-apa tentang perkara tersebut.
 
Tiba-tiba selepas seminggu di hospital, pagi ni Doktor kata, kuning Aiman bukan kuning biasa. Hari ni Sinar Biru Ultraviolet akan dihentikan dan Doktor akan buat ujian darah, hati dan ultrasound untuk lihat keadaan hati. Sebabnya kulit Aiman biru tak macam baby biasa. Jadi ujian rapi akan dibuat untuk mengesan punci keadaan tu.
 
Korang rasa tak apa yang kami rasa? Sejak hari kedua di hospital mama Aiman dah cakap kulit Aiman nampak biru. Tapi jururawat kata Aiman sejuk. Dan sejak masuk hospital semula ni setiaphari Doktor datang tengok Aiman. Doktor nampak keadaan biru tu, tapi cakap begitu sahaja tanpa ada sebarang tndakan lanjut. Lepas seminggu Aiman diletakkan di bawah Sinar Biru Ultraviolet dan diambil darah setiap hair, baru Doktor kata kuning Aiman bukan kuning biasa.
 
Kecewa betul rasanya. Dah seminggu baru nak kata bukan biasa? Sebelum ni bila kita cakap tak nak dengar. Mungkin sebab kita yang bercakap ni tidak mempunyai ilmu perubatan secara rasmi agaknya. Sdih sedih sedih. Huhuhuu....
 
Mohon kawan-kawan semua tolong doakan semoga Aiman segera sembuh dan tidak ada apa-apa yang serius. Budi kalian akan dikenang sampai bila-bila.
 
 

Comments

  1. oh tidak... tapi semuapun ok kan.. sebab akak dah baca entri aida yang latest tadi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah