Skip to main content

DIRGAHAYU DBP


Assalamualaikum dan Salam Semua!

Dewan Bahasa dan Pustaka atau lebih dikenali dengan nama DBP telah ditubuhkan semasa negara sedang dalam persiapan menyambut kemerdekaan. DBP ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran di Bukit Timbalan, Johor Bahru dengan nama Balai Pustaka pada 22 Jun 1956. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 – 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres tersebut yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. 

DBP kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur di sebuah bangunan bekas wad hospital di Jalan Young pada tahun 1957. Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu menggubal dasarnya yang khusus; menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Pada 31 Januari 1962, DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur. Kini, DBP masih berdiri kukuh di jalan yang sama dengan dua bangunan miliknya yang dinamakan Menara DBP dan Wisma DBP.

Begitulah serba sedikit sejarah badan keramat yang menyambut ulang tahun ke-64 pada hari ini. Semoga DBP terus kukuh berdiri sebagai badan yang memperjuangkan dan mengembangkan bahasa Melayu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.  

DBP sekarang mungkin tidak lagi menjadi kebanggaan kebanyakkan orang tetapi sebagai anak DBP, Kakda sentiasa sayang dan bangga dengan DBP. Abah Kakda berkhidmat di DBP selama 36 tahun dan Kakda sendiri telah berkhidmat di DBP selama tidak kurang daripada 23 tahun. Mana mungkin tidak ada perasaan sayang pada badan keramat ini. Semoga DBP terus maju dan cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang terpikul dipundaknya.

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE-64!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Kembali kepada Fitrah

Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.   Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.   Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang ...