Monday, November 25, 2013

Happy Birthday Bro!

HAPPY BITHDAY
MOHD AZMIE @ ACHIK @ AMIE!
 
My Bro (Amie) & Me

Hari ni hari ulang tahun kelahiran adik aku, Mohd Azmie Mohd Salleh yang ke-24. Amie ni adik aku yg kedua last. Dulu dia gemuk macam aku tapi sekarang dah banyak susut. Aku harap nanti aku boleh jadi macam dia jugak. Hehehehee...

Amie ni mungkin adik yang paling kurang rapat dengan aku. Dan aku mungkin jugak kakak yang paling tak rapat dengan Amie. Sebabnya, kami pun tak tau. Kami ni panas sikit. Kalau jumpa ada je yang macam tak puas hati. Jadi banyak diam daripada bersembangpun.

Tapi walau macam mana pun aku tetap sayang adik aku. Dia tetap darah daging aku. Dia tetap boleh jadi wali aku (kalau aku bukan anak angkat...hahahah...tiba-tiba jer...hehehehee).

Hari ni Amie sambut hari ulang tahun yang ke-24. Dah besar dah adik aku,dah boleh kawin (Jangan tunggu akak ni sbb akak ni liat tul nak jalan..heheheheh). Aku harap dia akan dapat mencari bakal isteri yang bertanggungjawab pada agama dan keluarga. Semoga pilihannya nanti mampu membawa dia ke syurga. Insyaallah.

4 comments: