Skip to main content

Blogging & Me

Aku rasa dah beberapa tahun juga aku menceburi dunia blog ni. Aku sendiri tak pasti berapa lama. Mungkin dua tahun atau mungkin lebih.

Tapi aku bukanlah blogger yang aktif. Menulis bila aku punya masa dan mood untuk menulis. Follower pun tak ramai. Kawan-kawan pun tak ramai yang tau aku ada blog. Dan kalau tau pun mungkin tak ramai yang mengikutinya pun. Mungkin sebab aku yang tenggelam timbul. Atau mungkin juga sebab entri aku tidak menarik minat mereka. Atau mungkin juga kerana mereka tidak ingin tahu pun tentang aku. Entahlah. Apa-apapun itu hak masing-masing. Aku tidak memaksa.
 
Kadang-kadang aku sendiri keliru mengapa aku berblog? Untuk apa sebenarnya ya? Untuk diri sendiri? Untuk mencari perhatian orang lain? Atau untuk apa? Aku yakin aku tidak mempunyai niat untuk menarik perhatian orang. Aku rasa tujuan sebenar aku adalah untuk merakam peristiwa, mencatat kenangan indah suka dan duka dalam kehidupan aku. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri aku sendiri. Untuk tatapan aku bila aku kebosanan dan juga untuk tatapan untuk hari depan. Kepada yang sudi membaca aku ucapkan terima kasih.
 
Aku mengaku aku suka berblog. Berkongsi cerita, kisah suka dan duka dengan orang lain (Tanpa aku kisah sama ada orang suka atau tidak...Huhhh...sungguh arrogant kan? Heheheeee....) Kepada teman-teman mungkin ada yang sedar atau mungkin ada yang kurang sedar. Banyak perkara yang berlaku aku kongsikan dalm blog. Kisah suka aku, dugaan, cabaran dan masalah yang aku hadapi. Semua boleh di baca dari blog aku.
 
Buat masa sekarang ini, perkara yang sering aku kongsikan adalah tentang dua insan ini.
 
 
MAK
 
 Mak dan Abah di Sydney pada tahun 2012

Penyakit kanser yang mak hidapi buat aku rasa lagi dekat dengan mak. Dekat dengan cara kami yang tersendiri. Manjadi anak kesayangan mungkin impian semua orang tetapi bukan semua orang mampu memenuhi impian tersebut. Ini kerana sayang itu adalah satu perasaan yang sangat halus dan unik. Ia tidak boleh dipaksa walau dengan cara apa sekali pun. Aku tidak berhasrat menjadi anak kesayangan mak (kerana aku sedar aku takkan mampu) tetapi cukuplah sekadar menjadi anak yang berbakti. Itulah impian aku. Doa aku pada Allah agar aku sentiasa diberi peluang dan ruang untuk terus berbakti kepada bukan sahaja mak malah abah juga. Dua insan yang sangat bermakna dalam hidup aku.   

RAFAEL NADAL
 

Photo from Rafa Nadal Fan Club
Rafael Nadal Parera (Rafa). Im so in love with this guy. :-) Kepada yang tidak mengenalinya biar aku perkenalkan. Rafa adalah pemain tenis no. 1 dunia pada masa ini. Pemain yang berasal dari Sepanyol ini mendapat jolokan sebagai 'The King of Clay' kerana kehebatannya bermain atas gelanggang tanah liat (clay court). Tahun ini merupakan antara tahun paling penting dalam kariernya sebagai pemain tenis professional. Beliau bermula pada tahun ini pada kedudukan sebagai pemaian no 5 dunia, tetapi mengakhiri tahun ini sebagai no 1 dunia. Setelah 7 bulan berehat atas faktor kecederaan, Rafa bangkit pada tahun ini dengan sungguh hebat. Berjaya memenangi 10  kejohanan, 13 pelawanan akhir dan juga merampas kembali takhta sebagai pemain no 1 dunia. Aku merancang untuk membuat entri khas tentang Rafa. Jadi sekiranya berminat sila tunggu :-)
 
Selain daripada cerita tentang dua insan ini, aku juga kerap berkongsi tentang lunch pack aku. Mula-mula dulu aku saja suka-suka syok sendiri. tapi bila aku tak letak ada pulak yang minta jadi aku kira dah menjadi tanggungjawab pulak untuk aku buat entri pasal lunch pack ni. Kepada yang tak suka aku mohon maaf ya.
 
Aku sebenarnya tak pasti sampai bila aku akan berblog ni. Dengan keadaan sekarang yang selalu dihambat oleh kesibukan dengan tugasan harian, tanggunjawab terhadap keluarga dan sebagainya kadang-kadang buat aku rasa aku seolah tidak punya masa untuk berblog lagi. Tapi bila difikir balik, aku perlu berlaku adil kepad diri sendiri. Aku perlu terus berblog kerana aku meminatinya. Aku perlu cari masa itu. Jadi insyaallah aku akan berusaha gigih untuk mencari ruang selepas ini. Diharap tidak ada lagi selepas ini blog tidak diupdate berbulan-bulan atau berminggu-minggu. Insyaallah. Kepada yang sudi membaca aku ucapkan jutaan terima kasih.
 

Comments

  1. haaaa...lama x nampak...ingtkan dah stop blogging..gegege...

    mak nape?..kanser ape?..smoga beliau tabah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tapi kekadang macam takde...hehehee....mak kene breast cancer...tolong doakan ya...

      Delete
  2. Teruskan beb..aku ada sebagai pembacanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat terus aku nak mengarut sbb ada orng nak baca...hehhehehee...TQ Beb...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah