Sunday, June 5, 2016

Syafakillah Mak Long

Petang tadi Aida, Abah, Kak Nor dan Aphyd berkesempatan ke PPUM untuk menziarah Mak Long kami. Dah sebulan Mak long keluar masuk PPUM. Puncanya penyakit Diabetes yang Mak Long hidapi sekian lama. Beberapa tahun lepas dua jari kaki kiri Mak Long dah dibuang untuk mengelak kuman merebak. Selepas tu Alhamdulillah keadaan Mak Long lebih baik. Tetapi bulan ni, perkara yang sama berulang. Tetapi di kaki sebelah kanan pula. Tiga jari kaki Mak Long terpaksa dibuang untuk mengelak kuman merebak. Tapi semalam, Mak Long mula menghadapi masalah sesak nafas pula. Keadaan Mak Long agak membimbangkan juga. Kami hanya mampu berdoa semoga Allah permudahkan urusan penyembuhan buat Mak Long. Insyaallah. 
 
 
 
Kami sampai awal di PPUM petang tadi tanpa kami mengetahui bahawa waktu melawat adalah pada pukul 5.00 petang. Kami sampai seawall pukul 3.30 petang. Nasib baiklah kami belum lunch masa tu. Jadi kami pergilah makan di Secret Recipe kat Lobby PPUM tu. First time ni abah makan kat SR. Hehehee....Tanya abah macam mana Abah? Sedap ke Mee Kari tu? Abah kata bolehlah....Kalau jawapan bolehlah tu maknanya tak cukupbaguslah untuk abah. Tapi masih boleh dimakan. Macam biasa abah makan memang tak habis. Hehehehee....
 
 

No comments:

Post a Comment