Friday, June 3, 2016

Waktu Bekerja Berperingkat di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan tahun ini sedikit istimewa buat penjawat awam seperti Aida. Ini kerana Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan Waktu Bekerja Berperingkat yang baru iaitu WP4, WP5 dan WP6. Ini adalah tambahan kepada waktu bekerja berperingkat yang sedia ada WP1, WP2 dan WP3.
 
Waktu Bekerja Berperingkat yang baru ini mengurangkan waktu rehat daripada satu jam kepada setengah jam bagi membolehkan penjawat awam pulang awal setengah jam daripada jadual biasa. Menarikkan? Yang lebih menarik adalah kesediaan DBP (badan berkanun) menerima pakai pekeliling tersebut. Alhamdulillah. Terima kasih Tan Sri KSN dan terima kasih pihak Pengurusan DBP.

 
Jadi sepanjang bulan Ramadan ini Aida akan pulang setengah jam awal daripada waktu biasa. Setengah jam ni besar maknanya tau. Dengan awal setengah jam ni Aida boleh sampai rumah jaaaaaaauh lebih awal daripada waktu Ramadan tahun-tahun sebelum ini. Ini kerana tahap kesesakan lalulintas sepanjang bulan Ramadan memang agak menggila berbanding hari-hari biasa. Jadi dengan pulang lebih awal ni nampaknya dapatlah Aida menghindarkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang boleh menimbulkan stress tu. Alhamdulillah.
 

No comments:

Post a Comment