Thursday, April 18, 2013

Monte Carlo Rolex Masters 2013

Lambat pulak aku update cerita pasal Monte Carlo Rolex Masters 2013 ni. Takpelah biar lambat asal selamat. hehehehe...
 
 
 
Monte Carlo Rolex Masters 2013 berlangsung dari 13-21 April 2013. Aku memang tidak sabar menantikan kejohanan ini sebenarnya. Sebabnya, yang pertama ini aldah kejohanan ATP1000 pertama yang disertai oleh Rafa sejak kembali dari kecederaan. Yang kedua, it's a clay court tounament. Rafa is The King of Clay.
 
Antara pemain ternama lain yang turut bertanding dalam kejohanan ini adalah Novak Djokovic, Andy Murray, Juan Monaco, Juan Martin Del Potro, Jo Wilried Tsonga, Nicholas Almagro dan Janko Tipsarevic. Rafa diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Tipsarevic, Tsonga, Almagro dan Murray. 
 
Semalam Rafa telahpun melangkah ke pusingan ketiga dengan mengalahkan Marinko Motosevic, 6-1, 6-2. Rafa akan berdepan dengan pemain dari Germany, Philipp Kohlschreiber (21) di pusingan ketiga hari ini.

Photo Credit AFP/Getty Images
Mengikut ramalan aku, Rafa akan berdepan dengan Tipsarevic di pusingan Suku Akhir. Dan apabila berjaya menewaskan Tipsarevic nanti Rafa akan berdepan dengan Andy Murray di pusingan Separuh Akhir. Itupun sekiranya Andy Murray berjaya menewaskan Tsonga ataupun Almagro pasa pusingan Suku Akhir.
 
Dan pastinya yang menanti di pusingan Akhir adalah Novak Djokovic. Itupun sekiranya Novak berjaya menewaskan Del Potro di pusingan Suku Akhir dan Berdych di pusingan Separuh Akhir.
 
Aku sangat berharap Rafa akan berjaya melangkah ke pusingan Akhir dengan mudah dan seterusnya berjaya menjadi Juara Monte Carlo Rolex Masters 2013. In Sha Allah.
 
 
Photo Credit AFP Getty Image
 
 
VAMOS RAFA!!!  
 

4 comments:

  1. akakni tennisni tak berapa nak tauler.. ingat dulu2 der sorang pemain tenis malaysia yang femes apa tah namanyer cam adam apa hensem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo akak ingat sebab dia hensem je ya? hehehehe....Adam Malek kak nama dia....

      Delete
  2. minat bebeno ko ngn mamata rafa tu dik oi... kalu akak mmg tak hengat lah kejohanan2 nih, sekor sukan pun akak tak ingat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sesangat minat kak...sampai mimpi2 dibuatnya...hehehehehee...kalau kalah boleh sampai nangis oooo...sedih...

      Delete