Wednesday, April 17, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan

Korang pernah tak dengar tentang mee tarik? Pernah makan tak? Kalau belum pernah dan terasa nak mencuba korang bolehlah ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli. Kedai milik cina muslim ini pernah masuk rancangan JJCM TV3.
 
 
Lokasinya di alamat seperti berikut:
 
51A, Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sg. Besi,
57000 Kuala Lumpur 
 
Korang nak tau apa yang istimewa sangat tentang mee tarik ni? Mestilah mee yang segar yang dibuat dikedai pada masa itu juga. Tengok kat bawah ni. Siap ada cermin tau untuk sesiapa yang berminat untuk melihat sendiri bagaimana mee tarik tersebut dibuat. Memang menarik. Aku pun jadi jakun jugaklah masa pergi tu. Masa pertama kali pergi aku segan nak ambil gambar sebab orang ramai. Tapi masa pergi kali kedua orang tak ramai jadi aku buat muka tak malulah.



Tempat buat mee tu macam tempat tebar roti canai. Heheheee....
Periuk besar sebelah tempat tebar mee tu adalah periuk untuk masak mee tu.

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis hidangan tetapi menu utamanya adalah mee tarik yang dimasak dengan pelbagai cara. Kebanyakan sajian di sini menggunakan daging lembu sebagai bahan utama, hanya beberapa sajian sahaja yang menggunakan ayam dan daging kambing. Jadi untuk penggemar ayam tegar seperti aku sebenarnya agak sukar untuk memilih menu. Setelah puas merenung dan menelek akhirnya aku memilih fried bean sauce noodle dan kawan aku pula memilih cold noodle with beef.
 
Fried Bean Sauce Noodle

Cold Noodle
Pic ni aku pinjam daripada http://hotdiner.blogspot.com

Komen aku, braised beef noodle yang aku makan sebelum ni lagi sedap. Tapi bukanlah bermakna fried bean sauce noodle ni tak sedap. jangan salah faham ya kawan-kawan. Aku rasa yang paling sedap sebenarnya adalah rasa mee tarik tu sendiri. Bagi aku mee tarik ni memang lagi sedap dariada mee kuning (atau sebab aku mmg bukan penggemar mee kuning), bihun dan kuehtiaw. Kalau dibanding dengan pasta pula, rasa dia sikit bawah daripada pasta. Mungkin sebab aku penggemar pasta tegar. :-)

Aku rasa aku pasti akan ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli ini lagi kerana banyak lagi menu yang ingin aku cuba.

No comments:

Post a Comment