Tuesday, June 11, 2013

Rambling

Selepas bertahan beberapa hari akhirnya tersungkur juga. Aku terpaksa juga mengambil cuti sakit hari ni kerana dah tak tahan sangat. Demam dan batuk yang rasa macam nak tercabut anak tekak dan bergegar satu bangunan. Huhuhuuu....
 
Pic credit to: depalma-sp.blogspot.com
Tolong doakan aku cepat sembuh sepenuhnya sebab hujung minggu  ni aku perlu memenuhi undangan perkahwinan nun di Teluk Intan. Ramai yang menanti di sana. Dah lama tak jumpa kawan-kawan semua tu. Korang nak tau majlis siapa? Aku rasa korang kenal kot. majlis Perkahwinan Juara AF2, Ahmad Zahid Baharuddin @ Zahid.
 


Lepas tu hari berikutnya adik aku nak buat kenduri akikah dan cukup jambul anak dia.
 
Buah hati terbaru keluarga aku,
Muhammad Adam Syafiq
 
Jadi aku perlukan kesihatan yang ditahap maksimum. Doakan aku ya semua.


2 comments:

  1. Salam Da,

    Zahid kahwin kat Teluk Intan, Zhafran di Hutan Melintang, x jauh mana tu. Org mana isterinya tu? Sedapnya tidur Syafiq tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak,

      Isteri dia orang Teluk Intan juga kak...Zahid nikah sama tarikh dengan Zhafran kak :-)

      budak kecik tu mmg kuat tido kak...kalau mulut dah mula melopong tu mmg dah lena lah tu...hehehehe...

      Delete