Skip to main content

Groupon Voucher

Korang pernah beli groupon voucher? Aku selalu tengok promo tapi tak pernah beli walaupun memang aku rasa murah berbanding harga asal. Nak beli nak beli sampai habis promo tak beli-beli....hehehehe...
 
Tapi walaupun aku tak pernah beli, aku dah pernah dah guna groupon voucher sebelum ni. Kawan aku yang beli aku guna jer. Dah orang bagi kan jadi takkan nak tolak pulak. Dah dia ajak sangat. Aku tak sampai hati nak hampakan hajat orang. Hehehehehe....
 
Dan hari ni sekali lagi aku menggunakan groupon voucher tanpa perlu membelinya. hehehee....Kakak aku beli voucher The Manhattan Fish Market (TMHFM). Wahhhh....memang terbaiklah sebab aku memang suka TMHFM. Seafood dan pasta dia memang wallaweiiiii.....Sodapppp....Jadi bila kakak aku kata lepas balik gi hantar baju kat tailor kita gi TMFM kat Wngsa Walk, aku pun apa lagi, macam orang mengantuk disorongkan bantallah. :-) Berdesuppppppppppppppppp.....:-)
 
Menu kami tadi macam kat bawah ni:
 
Garden Salad
(Kami tak minat salad dressing yang dia bagi ni....
Jadi kami makan salad ni dengan kuah mussel...heheheheh)

Garlic Herbs Mushroom
(memang super duper yummy...
sangat sangat sangat sedap dan aku sangat sangat sangat suka)

Grilled Gala Platter for Two (RM46.90)
(Rasa ok2 ajalah....kami makan semua haiwan yang ada dalam plate ni...
yang tak habis nasi (mmg tak luak pun dan chips)
 
Untuk semua makanan di atas ni harga yang perlu dibayar melalui groupon voucher hanyalah RM49.90. Memang berbaloi-baloilah beli groupon voucher ni. kan?!

Comments

  1. Pernah tapi bukan bab2 mkn sbb makan2 banyak kat kl / penang / jb... kat kl mana ada daaaa hahaha.

    Saya just beli:
    - voucher equatorial hotel cameron highlands(hanimun mac aritu) RM340 utk 3hari 2mlm.
    - photobook RM52 (rega asal RM200++)
    - vaksin utk budak2 UNICEF

    tu jahhh.

    ReplyDelete
  2. Ops silap.. kat KELATE MANA ADA.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah