Skip to main content

Rezeki di Pagi Khamis

Murah rezeki aku hari ni.Dua sahabat baik aku bagi aku makanan yang aku memang suka. Cokelat Hershey's dan jugak pulut kunig (atau pulut yellow bak kata anak buah aku...hehehehe).
 
Pulut kuning tu pemberian sahabat baikku, Suzanti Abdul Aziz yang akan menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan esok. Masih segar dalam ingatan aku saat dia diijab kabul. Aku ada bersama menemani dia di masjid nun di Kota Bharu sana. Terasa seperti baru semalam peristiwa tu. Sedar tak sedar dah 8 tahun aku rasa. (ehhh betul ke 8? sorrylah ya mek su kalau silap). Apa-apapun aku nak ucapkan Happy Anniversarry SUE! Saya doakan awak kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Aminnn....
 
 
Cokelat Hershey's Kisses ni pulak pemberian sorang lagi kawan baik aku bersempena dengan aku pun tak tau sempena apa. hahahahaaa.....Orang dah bagi aku ambik je lah. Tak gitu? hehehehehee....Thank u beb....


Comments

  1. Baru baca blog awak... terima kasih banyak atas ucapan. Terharu sangat2. Lebih terharu lagi masa kejadian 24 Mei 2006 yang lepas. Masa tu happy sangat coz awak, Iwan, Linda Hadi, Zaza dan Zakiah sudi memeriahkan majlis saya tu. Momen indah yang takkan saya lupa selagi hayat dikandung badan. TERIMA KASIH AIDA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terlebih setahun...baru 7 tahun...sorry ya awak...tarikh mungkin saya yak ingat tapi kenangan tu mmg tetap abadi dalam ingatan. Saya pun bersyukur sangat sebab dapat bersama awak pada hari yang sangat bersejarah tu...Saaayang awak...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah