Skip to main content

Emak dan Rawatan Kemoterapi

Assalamualaikum semua.
 
Dah lama aku tak update perkembangan tentang mak. Kalau ada yang pernah membaca dahulu mungkin dah sedia tahu. Mak aku disahkan menginap penyakit kanser tahap 2 beberapa bulan yang lalu. Doktor menyarankan supaya mak menjalani rawatan kemoterapi, sebanyak 6 kali, tiga minggu berselang untuk setiap sesi rawatan. Alhamdulillah hari pada hari Jumaat lepas emak dah selamat menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 4 kali. Maknanya masih ada berbaki lagi dua kali.
 
Inilah ubat untuk rawatan kemoterapi.
Ubat ini perlu dibungkus dengan kain sebegini kerana ia tidak boleh terdedah dengan cahaya.
 
Aku bersyukur kerana sepanjang rawatan kemo ini dijalankan mak tidak menghadapi masalah-masalah biasa bagi pesakit yang menjalani rawatan kemo seperti muntah-muntah, loya, hilang selera makan, mulut menjadi kering dan sebagainya. Bersyukur sangat pada Alllah.
 
Cumanya yang membimbangkan aku dan seisi keluarga adalah semasa rawatan kemo dijalankan. Mak menghadapi sedikit masalah sesak nafas semasa kemo dijalankan. Pada peringkat awal dahulu memang agak panic tapi dah masuk kali keempat ni, jururawat dan doktor sudah bersedia dengan alat bantuan pernafasan. Jadi bila mak mula sesak nafas alat bantuan pernafasan terus dipasang. Proses memasukkan ubat kemo tersebut tidak mengambil masa yang lama sekiranya tiada sebarang masalah. bagi mak, tempoh masanya adalah antara 1.5-4 jam. 4 jam tu agak lama kerana pada masa tersebut rawatan terpaksa dihentikan sebanyak dua kali kerana timbul sedikit masalah pada mak. Semasa rawatan kali keempat tempoh hari Alhamdulillah prosesnya dalam 1.5 jam sahaja.
 
Selain daripada rawatan kemo, mak juga telah menjalani proses ct scan dan juga bone scan. Kedua-duanya untuk melihat bagaimana ubat kemoterapi tersebut bertindak balas terhadap kanser mak. Kami bersyukur sangat kerana semasa rawatan kali keempat tempoh hari, doctor memaklumkan bahawa virus kanser itu tidak merebak. Bersyukur sangat. Kami berdaoa agar apabila selesai rawatan nanti virus tersebut semua akan hilang terus daripada tubuh mak. Mohon bantuan rakan-rakan semua mendoakan semoga mak sembuh daripada penyakit kanser dan kami sekeluarga terhindar daripada penyakit itu.
 
Doa kalian sangat kami harapkan dan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Semoga kalian semua sentiasa dalam rahmat Allah.

Comments

  1. Salam Da,

    Semoga mak AIda sentiasa dalam peliharaan Allah dan sembuh sepenuhnya insya-Allah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah