Tuesday, December 20, 2016

Livello Uno, Home Style Italian Cuisine, TTDI

Dah banyak kali kawan Aida cerita tentang kesedapan makanan di Livello Uno. Semakin hari semakin teruja untuk pergi terutamanya bila tengok gambar-gambar yang dikongsi di FB. Aida dimaklumkan bahawa restoran ini diusahakan oleh dua orang adik beradik Italian Malaysian.

Simple je kan?

Restoran yang terletak di Tingkat 1 di deretan kedai di TTDI ini menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan  Itali. Antaranya piza, pasta, gnocchi, crepe dan macam-macam lagi..Makanan tersebut dimasak oleh pemilik restoran sendiri.

Tadi Aida berkesempatan untuk menikmati sendiri makanan di Livello Uno apabila perbincangan dengan rakan industri dibuat di situ. Alhamdulillah. Setelah membelek belek menu, akhirnya keputusan dibuat untuk memilih makanan berikut..
 
Appetizer

Spinach Crepe
Sangat sedap.

Main Course
Gnocchi with Shredded Beef
Sedap juga.

Semua yang dimakan ni memang sedap sangat. Sangat memenuhi citarasa Aida. Memang wajib ulang balik restoran ni. Banyak makanan lain yang ingin dirasa
 
Kepada kawan-kawan yang berminat untuk merasai masakan Itali yang sedap, silalah berkunjung ke Livello Uno. Insyaallah puas hati.

Livello Unio
165A, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

+6 03-28560345

Waktu Operasi:
12.00 pm - 22.30 pm
(Selasa - Tutup)

2 comments:

  1. Hye Aida, Tq for coming and enjoying makanan. Hope to see you again

    Chef Mashad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww...Chef Mashad in the house :-)
      With the fantastic 'makanan' you have in Livello Uno, I will surely go there again Chef!

      Delete