Wednesday, December 21, 2016

Cemburu Biar Berpada-Pada

(Luahan Hati)
 
Susah sebenarnya memegang status single dalam usia macam Aida ni. Nak tau kenapa Aida cakap susah? Susahnya sebab dipandang sedikit serong oleh segelintir para isteri. Rakan-rakan yang bergelar isteri jangan salah sangka pula ya. Bukan semua isteri tapi segelintir cuma.
 
Aida pun tak faham sebenarnya.
Apa yang dicemburukan sangat sampai sanggup unfriend Aida dari akaun FB suami. Kenapa sampai sanggup block no hp Aida dari hp suami. Ishhhh pelik betul. Kami cuma bersahabat. Bukan saling berhubung setiap hari. Apatah lagi keluar berdua-duaan pada waktu yang tidak sepatutnya.
(Tak pernah pun keluar bersama sebenarnya). Aida komen kat FB suami dia pun tak pernah.
Yang jadi sakit hati sampai sanggup unfriend tu kenapa?
 
Ya Allah.
Kenapa dipandang serong sesuatu hubungan persahabatan? Aida ni bukanlah keji terlampau sampai sanggup menghuru-harakan rumah tangga orang. I'm not that jerk sis.
 
Tak salah awak nak cemburu. Aida tau awak sayang suami awak tu. Tapi janganlah kerana kasih sayang dan cinta awak yang begitu mendalam buat awak prasangka pada orang lain.
 
Ya Aida memang single tapi Aida bukanlah sehina itu sampai sanggup rosakkan rumah tangga orang. Jangan salah tafsirkan kebaikan dan keakraban dua orang sahabat yang ikhlas bersahabat kerana Allah. Kalau awak tak percaya pada Aida tolong percaya pada suami sendiri. Jangan prasangka yang bukan-bukan.
 
Mungkin ada yang kata mesti ada sesuati yang buat isteri tu cemburu. Ya sepatutnya memang perlu ada sesuatu. Tapi yang peliknya TIADA. Aida tak buat apa-apa. Whatsapp pun bila nak raya, nak puasa, birthday. Tu jer. Tiada yang lebih daripada tu,
 
Dulu masa awal-awal bersahabat memang ada juga jadikan sahabat tu tempat luahan perasaan. Maksudnya bila sedih bila tension ke apa. Yelah sahabat tu lebih tua. Jadi pendapat orang tua ni biasanya lebih baik rakan sebaya sebab pengalaman hidup mereka lebih luas. Tapi bila dah tau isteri dia tak suka Aida memang stop benda-benda tu. Takde angina takde ribut tiba-tiba baru-baru ni dia boleh unfriend Aida kat FB suami dia. Sedih sangat bila ornag buat kita macam tu. Kenapalah sampai macam tu ya?
 
Salah ke saya jadi anak dara dalam usia macam sekarang? Adakah kamu rasa semua anak dara yang dah berusia ni kemaruk sangat nak kahwin sampai sanggup rampas suami orang?  Kamu sedar tak sebenarnya kalau bab rampas suami orang ni ada dalam kalangan isteri orang pun buat macam tu juga ya. Jadi kalau nak cemburu tolong cemburu juga dengan kawan-kawan yang bergelar isteri orang ya. Jangan terlalu prasangka dengan seseorang hanya kerana status singlenya itu.
Kamu berlaku tidak adil.
 
Aida tak marah tapi Aida rasa kesian.
Kesian kerana kamu terpaksa marasa sakit kerana dihantui perasaan cemburu dan prasangka pada sesuatu yang tak sepatutnya. Daripada terus berprasangka macam tu kan baik kita berkawan sahaja. Membina ukhwah sesame kita. Menjalinkan hubungan persahabatan lebih erat lagi.  Bukankah itu yang dituntut oleh agama kita?
 
Berpada-padalah cemburu tu kawan.
 
Atau Aida yang tak pernah faham? Seorang lelaki yang berstatus suami memang tidak boleh dijadikan sahabat oleh ornag yang single? Begitu? Kalau begitu keadaannya. Aida mohon maaf.
 

6 comments:

  1. aduh la...
    dulikkan lah kak... tak semua perempuan atau isteri mcmtu...
    dana tak penah amik port pun psl wassap or fb edy, kadang saja sekodeng hp or fb dia tp takde apa2... tak kisah pun kalu borak ngn perempuan... ngn kwn2 opis... jnji bukan ckp benda2 tak elok sudahla

    lagipun, klu asik prasangka, tak best lah hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak bukan apa Dana. Rasa tak best bila orang ada rasa camtu kat kita. Padal kita takde niat apa pun. Kita taulah batasan kaan? Kita bukan budak2 remaja. Dah cukup dewasa kot.

      Delete
  2. Cikna faham ape yg sis rasa sbb cikna pernah alami... Ingt lagi dulu pernah kena sound 3x dgn isteri mmbr yg b'lainan dlm tahun yg sama... Terasa hot giler masa tu xrasa nak marah pun dgn diaorg cuma 1 je cikna bgtau diaorg ' jgn rasa t'gugat cikna cuma b'kawan&cikna xhadap laki org.. so xpyh nk jeles bagai jaga je rumah tangga sndri'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Cikna. Kalau dia dating depan muka ni senang cakap. Tapi dia tak jumpa akak pun. Tu yg tak terluah tu.

      Delete
    2. Cikna, akak dah follow blog Cikna tau. Tq ya sudi drop by kat blog akak.

      Delete