Sunday, December 25, 2016

Cerita tentang Abah

Abah Aida dah berusia 72 tahun. Tapi kalau tengok memang tak nampak macam 72 pun. Alhamdulillah abah masih kuat dan sihat. Rambut abah pun banyak hitam daripda putih. Sebab tu abah tak nampak macam 72.
Tapi dua tiga hari lepas abah kurang sihat. Masalah kencing kotor. Jadi abah banyak baring dan tidur. Berapa hari tak ke masjid sebab badan tak larat. Risau pulak tengok.  
Abah orang yang ceria dan banyak cakqp. Jadi bila sekali sekala jadi pendiam ni kita rasa lain macam. Huhuhuuuu...
Tapi syukur alhamdulillah hari ni abah dah beransur sihat. Cumanya hari ni abah masih belum seriuh biasa.
Sebagai anak, terus terang Aida kurang senang bila tengok abah kurang sihat. Hati risau sangat. Takut macam-macam. Huhuhuuu..
Aida selalu berdoa agar Allah beri Aida lebih banyak masa untuk berbakti kepada abah. Insyaallah.
 

1 comment:

  1. btl lah kak, tak gaya abah akak dh 72 thn sbb rambut yg banyak hitam lg...

    insyallah dana doakan abah akak cpt sihat spt sediakala... akak jgn risau2 sgt nnti akak lak yg tak sihat...

    akak rajin2 suh abah akak minum air barli ngn btkan sup lobak putih bgs utk kencing kotor rasanya

    ReplyDelete