Monday, December 12, 2016

Kerja Gila: Misi Mencari Salji

Semalam Aida dengan kakak (Anyah) dan adik (Ateh) buat kerja gila. Kami booking tiket ke Sapporo, Japan untuk bulan Februari 2017. Sapporo ni terletak di Kepulauan Hokkaido, Japan. Tujuan pergi cuma nak gi main salji. Kenapa Sapporo? Sebabnya Sapporo ada Snow Festival. Tapi kami tak pergi pada tarikh Snow Festival tu sbbnya hotel mahal berganda-ganda. Kami pergi selepas habis Snow Festival.

Bincang tak sampai 2 hari terus buat keputusan nak pergi. Jadi terus booking tiket flight dan hotel. Ishhhh...memang gila kami ni kan huhuhuhuu...

Inilah perancangan bercuti paling pendek pernah kami buat. Biasanya ambil masa 6 bulan jugak sebelum pergi. Tapi ni tak sampai berapa bulan. Jadi lepas ni kena duduk baik-baik buat jadual. kami ni suka travel sendiri tak ikut travel agent. Sebab lebih fleksibel dan murah :-). Kaki jalan tapi duit bukan banyak sangat memang macam ni. Hehehhehe...
 
Sapporo mu tunggu kami datang.. Misi mencari salji :-)

1 comment:

  1. alaa...kak Aida..macam nak ikut jer..nak main salji jugak....best nyer...

    ReplyDelete