Skip to main content

Happy Birthday to Me!

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi aku peluang untuk terus menghirup udara segar di dunia ini. Aku bersyukur kerana aku masih diberi ruang untuk terus mengumpul sebanyak amalan dalam persediaan menuju ke alam yang kekal abadi. Aku juga bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk menebus segala dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini.
 
37 tahun sudah aku hidup di dunia ini. Banyak pengalaman pahit manis yang aku lalui. Aku tidak pernah menyesal terhadap apa sahaja yang berlaku kerana aku percaya everything happen for a reason. Dan aku juga percaya perancangan Allah tidak pernah silap. Apa juga yang aku lalui sepanjang hidup aku ini adalah atas kehendakNya. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua di tangan Allah. Maka aku redha dengan setiap ketentuan Ilahi.
 
Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang. Aku punya keluarga yang sentiasa bersama aku dan aku punya rakan taulan yang sentiasa menyayangi aku. Dan untuk itu aku rasa sangat bersyukur. Mungkin kehidupan aku tidak sehebat mana. Aku tidak punya kerjaya hebat seperti orang lain tetapi aku bersyukur kerana aku punya kerjaya yang mampu membuat aku terus menjalani hidup di dunia ini tanpa menyusahkan orang lain. Syukur Alhamdulillah.
 
Kepada Abah (Haji Mohd Salleh Md. Hashim) dan Mak (Hajah Fatimah Othman) yang tercinta, terima kasih atas segalanya. Sesungguhnya tak terbalas jasa kalian kepada aku selama ini. Tidak terbanding dengan intan mahupun permata. Sesungguhnya kalian adalah segalanya buat aku. Maafkan anakmu ini andai sepanjang 37 hidup ini aku banyak manyakiti hati kalian. Maafkan aku atas segala dosa dan salah silap yang pernah aku lakukan. Sebagai anak aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang berjasa kepada kalian berdua. Doaku semoga kalian berdua sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur yang berkat dan dirahmati serta dilindungi Allah selalu. Eda sayang Abah dengan Mak sangat-sangat.  

Kepada adik beradikku yang tersayang:
 
Abang (Azman) dan Akak (Azian) -  Aku bukanlah adik yang terbaik untuk kalian dan mungkin bukan juga adik kesayangan kalian, tetapi ketahuilah bahawa aku sentiasa berusaha untuk menjadi adik yang paling berjasa. Mungkin bukan dengan wang ringgit kerana aku tahu kalian jauh lebih senang daripada aku tetapi dari segi lain. Eda sayang Abg dengan Akak!
 
Adik-adik (Aphyd, A'a, Ain, Amie, Ayee) - Keda tahu Keda bukan kakak terbaik dan bukan juga kakak kesayangan korang semua tapi Keda sentiasa berusaha untuk menjadi kakak yang sentiasa ada bila korang perlukan. Andai selama ini Keda gagal menjadi kakak terbaik maafkan Keda. Keda tak pernah mengharap untuk menjadi kakak terbaik, cukuplah sekadar menjadi kakak yang berjasa. Keda sayang korang! 
 
Kakak Ipar (Kak Azita) dan Adik-adik Ipar (Afniza & Syaiful Nazlan) - Kehadiran kalian dalam keluarga cukup bermakna. Semoga hubungan kita sekeluarga sentiasa harmoni dan sejahtera. I love you guys!
 
Anak-anak buah (Azwan, Azizi & Azrul) - Korang semua macam anak Ayang sendiri. Ayang sayang korang sangat-sangat. Jadilah anak yang baik dan berbakti kepada orang tua. Sentiasa taat kepada perintah Allah. Abang dan Kak Ita, terima kasih kerana mengizinkan Eda berkongsi kasih sayang dengan mereka. Sesungguhnya kehadiran diorang dalam keluarga kita dan dalam hidup Eda sendiri cukup bermakna.

Terima kasih atas sambutan ala kadar sempena hari lahir ku ini. Walaupun jamuan serba ringkas tetapi cukup bermakna untuk aku. Abah janji nak belanja kita semua tapi kena tunggu cukup korum, jadi cepat-cepatlah free kan masa korang ya :-). Terima kasih juga atas hadiah yang diberikan. Macam berpakat pulak semua ya, tema purple dan orange jer tahun ni. :-)
 

 
Kepada semua rakan taulan yang tersayang (aku sayang korang tapi kalau korang tak sayang aku, aku nak buat macam mana kan? :-) ), terima kasih atas ingatan kalian. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menghantar ucapan Selamat Hari Lahir dan doa untuk aku sempena hari lahirku ini. Ingatan korang cukup bermakna untuk aku. Bukan hadiah ratusan ringgit yang aku harapkan, cukup sekadar ingatan. Bagi aku mereka yang tidak mengingati aku semasa sambutan hari lahir aku sebenarnya memang tidak pernah mengingati aku langsung. :-)
 
37 hidup di muka bumi ini sudah pasti banyak kenangan pahit dan manis dengan kalian semua. Maafkan aku atas segala salah dan silap selama ini. Andai kesalahan itu dilakukan diluar sedar maafkan aku dan andai kesalahan itu dengan sedarku juga aku mohon ampun dan maaf. Andai aku pernah berbohong pada kalian, aku minta maaf juga. Semua berlaku pasti ada sebabnya dan yang pasti semua itu berlaku bukan niat untuk menyakiti. Maafkan aku atas segalanya. Halalkan juga segala makan dan minum aku selama ini. Semoga hubungan kita sentiasa sejahtera. Aku sayang korang.
 
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah. Amin.
 
Salam sayang buat semua :-)
Aida Salleh

Comments

  1. Happy bday aida. Sorry lambat wish. Moga panjang umo, cepat dapat jodoh.

    ReplyDelete
  2. Aminnnn...Tq awak.....Better late than never kan? :-)

    ReplyDelete
  3. alamak lewatler pulak nak wish..
    aida.. selamat hari jdai untuk aida... semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah