Tajuk entri entah apa-apa kan? hehehe...abaikan...
Korang tau tak kat mana ni? Kalau suruh aku teka aku pun tak pasti sebenarnya. hehehe...Ni kat Taman tasik Titiwangsa sebenarnya. Gambat diambil semalam masa aku dok melangut dok tunggu mamat kat bawah ni.
Janji kul 5.30 petang tapi dekat 6.30 petang baru sampai. memang rasa nak bagi penyepak je kan? garang kan aku? hehehee...Sebenarnya budak bertuah ni adik aku. Dia mintak aku teman dia jogging sebab seminggu lagi dia ada marathon. Aku pun dah lama tak jogging so aku setujulah. Janjinya jumpa kat sana je. Aku terus gi sana dari opis. So aku siap terus dari opis lah. Siaplah dengan pakaian utk jogging cumanya aku bawak kasut tapi tak bawak tali kasut. Huhuuu...Aku minta dia bawak kasut lebih.Tu pasallah aku kena tunggu dia jugak baru bleh jogging. Sudahnya kul 6.30 baru mula jogging. Sabar je lah banyak-banyak kan. Nasib baik adik kan? kalau bf lama dah kena tinggal. Ahaksss....
Alhamdulillah berjayalah jugak buat dalam 5 pusingan. So esok sambung lagi. Esok kalau dia lambat takpe sbb aku dah bawak kasut sendiri. Hehehehee...Aku ada matlamat jangka masa panjang dan pendek. Sebulan dua ni aku nak jogging dulu. Lepas tu baru masuk gym balik. Rindu dah nak main semua alat canggih manggih kat gym tu. dan rindu jugak nak training dengan trainer aku yg best tu. Ni dia kalau korang nak kenal. Nama dia Ammar Yasser. Dia ni lembut orangnya dan mmg cukup sabar dengan aku. Hehehehee...Tu yang aku selesa dengan dia.
Ammar ni selalu takde rambut so bila ada rambut camni macam pelik je aku tengok. heheheheee... |
Semalam aku dah start ambik timbangan berat aku. Berapa? uiiiii...rahsia...hehehehee..Aku akan update dari segi % jer nanti sampailah aku berani nak bagi tau berat aku. Hehehehehe....So kita tengok progresnya dalam masa seminggu ni. Doakan aku ya. Aku bukan nak kurus tapi aku nak kurangkan berat untuk elak pelbagai penyakit.. Perjalanan yang terhenti seketika bermula hari ini.
All the best Aida!!!!!!!
kalu dh hari2 bwk bekal yg sihat2 siap joging msti tak lama lg selim melim.... tajuk tu pun pttnyer letak kt akak... akak gumuk jgk
ReplyDeleteTak gemuk.. berisi je hihi.
ReplyDeleteWaaa tgk gambar 1st dah tau kat mana.
Rutin saya jgk tu sepanjang duk KL.
Seminggu HARUS 3-4X seminggu.. tak gi jogging dlm seminggu tu rasa tak senang duduk.
Jogging sekurang-kurangnya 5km tu juga HARUS!
Saya lone ranger je.. tunggu kawan2.. memang takkk aaa.. banyak noorrr alasan :P
So go kak aida girl.. you can do it!
buat sengsorang pun jadiii lah hehe.
Guna pedometer tuuuu :P