Wednesday, March 18, 2015

Cerita tentang Menu Tab

Aku dah lama sebenarnya nak buat Menu Tab untuk blog aku. Puas menggodek sana sini untuk cari macam mana lah orang buat menu tab dalam blog. Dah berbulan jugak aku berusaha sebenarnya. Sampai lah tengah hari ni aku rasa putus asa.
 
Aku jumpa tutorial yang aku rasa mudah sangat nak buat. Copy paste je code yang blogger tu bagi dan masuk dalam blog kita. Ubah jer beberapa perkara yang mudah. Tapi bila buat tak jadi-jadi. Memang frustlah sebab aku ni dulu belajar jugak programming. Aku pernah ambik kursus Diploma IT dan masa Degree pun aku Minor IT. Jadi bila coding yang mudah pun failed aku jadi frust sangat. Usaha-punya usaha tapi tetap gagal. Bila view masih ada error. Memang kecewa habislah. Mula-mula tu memang tak nak mengalah. Tapi tengah hari ni aku mengalah. Oklah. Tak dapat nak buat macam mana. Pasrahlah.
 
Jadi aku tak meneruskan usaha nak buat Menu Tab tu. Tapi kan tiba-tiba masa aku tengah create page baru dalam blog aku terjumpa. Laaaaaaa....kat situ jer rupanya boleh create Menu Tab ni. Arghhhhh....stress betul. Berbulan-bulan aku buat kerja susah rupanya ada jalan senang jer. Huhuhuuu...Sabar je lah.
 
Nak ajar macam mana nak buat pun malu sebab senang sangat kan. Huhuhuu...Akhirnya berjayalah aku wujudkan Menu Tab dalam blog aku ni. Gembira betul tau. Walaupun orang mungkin kata takde apa pun tapi aku suka sangat. hehehehee....

Dah alang-alang tambah Menu Tab tu, aku pun gatallah tangan tukar template Blog. Pinky gitu. Bukanlah penggemar pink tapi bila godek-godek yang ni Nampak macam sejuk pulak mata aku pandang buat masa sekarang ni. Jadi gunalah dulu. Lain kalai kalau boring boleh tukar lagi. Hehehehee...

1 comment:

  1. menu tab yang mana kak..sy yang bukan bidang it ni, lagi la buta it...;-))

    ReplyDelete