Friday, March 13, 2015

PUSPANITA DBP

Tahun ni pertama kali aku join Mesyuarat Agung PUSPANITA DBP. Sebabnya aku baru jadi ahli. Hihihi. Dah nak pencen (hahaha. Dah lebih 10 thn kan? Hihihii) baru jadi ahli. Kira oklah kan. Better late than never kan. :-)
 
Mungkin ada yang tak tahu PUSPANITA tu apa kan? Meh aku cerita sikitlah.
 
PUSPANITA adalah singkatan daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. PUSPANITA telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali.
 
Antara misi penubuhan PUSPANITA adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan dan untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar dan kursus.
 
DBP sebagai sebuah agensi kerajaan mempunyai PUSPANITA sendiri.Selain daripada terlibat dengan aktiviti PUSPANITA Pusat, PUSPANITA DBP juga menganjurkan aktiviti sendiri.
 
Aku terlalu asing dengan PUSPANITA sebenarnya sebab sejak mula bekerja aku memang tak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti PUSPANITA kerana aku tak pernah menjadi ahli PUSPANITA. Aku pun tak tau apa alasannya. Aku baru menjadi ahli tahun lepas semasa PUSPANITA membuat promosi bayaran RM2 sahaja untuk menjadi Ahli Seumur Hidup.  Masa tu aku dipaksa oleh salah seorang AJK PUSPANITA untuk isi boring. Mula-mula aku memang tak berminat tapi bila kakak tu kata "Alah RM2 pun nak berkira ke?" Terus mak sentap u. Heheheee...Terus isi borang dan bayar RM2.00. Maka secara rasminya aku pun menjadi Ahli PUSPANITA Seumur Hidup. :-)
 
Mesyuarat Agung Tahunan (Pemilihan) diadakan 2 tahun sekali. Masa aku dapat e-mel tentang perkara tu aku masih buat tak tahu lagi. Sampailah Setiausaha PUSPANITA DBP, Che Cah datang jumpa aku. Dia kata nak calonkan aku jadi Penolong Bendahari. Aku memang tak nak pun. Tapi bila aku fikir balik alah setakat pencalonan jer. Setuju je lah. Lagipun Che Cah dah minta tolong tu. Tak baik hampakan orang. Jadi aku pun setujulah.
 
Pada hari pengundian aku pergilah turun untuk mengundi dan terus Perasmian Mesyuarat. Undi aku rahsia. Hehehee...Walaupun aku memang tak bersungguh nak jawatan tu tapi aku berdoa juga janganlah aku dimalukan dengan tak dapat undi langsung. Hehehee...malu kot kalau jadi macam tu. Nampak sangat orang tak nak tau.
 
 
Jadi bila pengumuman dibuat, debaran aku lebih kepada janganlah tak dapat undi bukan takut kalah. Tapi takut tak dapat undi. Syukur Alhamdulillah aku tak dimalukan. Bukan setakat tak dimalukan tapi aku menang pulak. Memang terkejutlah jugak. Aku mendapat 170 undi berbanding lawan aku 20 undi. Memang tak sangka. Tapi aku tetap bersyukur.
 
Doa aku pada Allah kalau ini yang terbaik untuk aku, aku redha. Aku akan berusaha untuk jalankan amanah yang diberi sebaik mungkin. Insyaallah.
 
Dan satu lagi yang istimewa, aku mendapat hadiah cabutan nombor bertuah. Wahhhhhhhhhhhhhhhh...memang tak sangka. Tak kisahlah hadahnya berapa ringgit yang penting aku dapat hadiah. :-) Ini namanya rezeki hari Jumaat. Rezeki berganda. Syukur Alhamdulillah.
 
 
 

2 comments:

  1. baru jadi ahli terus dpt jawatan ni, hebat ni! apasal lmbt sgt masuk ahli ni, kalau masuk dr dulu, ntah2 skrg dah berjawatan pengerusi..hiihih..gurau2...

    apa2 pun tahniah k.aida, mmng akak orang yang layak pegang jawatan ni. dan tahniah juga dpt cabutan bertuah ni..mmng bertuah ..;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengerusilah sangat...Hehehehee...

      Rezeki semua ni dik. :-)

      Delete