Saturday, March 7, 2015

Majlis Aqiqah Muhammad Aiman Syafiq

Syukur Alhamdulillah Majlis Aqiqah anak buah aku yang bongsu, Muhammad Aiman Syafiq bin Nor Syaiful Nazlan, anak kedua adik aku telah selamat berlangsung tengah hari tadi di rumah abah. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Memang aku tak undang kawan-kawan untuk hadir pun kerana majlis ni majlis anak adik aku. Jadi selain daripada jiran tetangga dan saudara mara, tetamu yang ada tu tetamu adik dengan adik ipar aku saja. Jadi kawan-kawan jangan kecil hati ya :-)
 
 
 
Dah terlanjur bercakap tentang aqiqah ni aku rasa baik aku kongsikan info tentang aqiqah dalam Islam. Info ini aku ambil dari http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/aqiqah.htm.
 
PENGERTIAN  AQIQAH
  • Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala
 
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
  • Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
 
 WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
  • Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
  • Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya: 
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
 
 
SYARAT AQIQAH
  1. Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 

4 comments:

  1. Ya ampun..sedap2nya menu akikah aiman...smbal sotong tu yang terliur..rasanya pernah mkn smbl sotong akak, ms terbuka raya dulu kot? haisy...bubur tu sedap juga..aduduud..desert2 pun nmpk sedap..hiihih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap...hehehehee...Ada pakcik (kawan abah) siap cakap, pakcik suka kalau korang ni buat kenduri. Buatlah kenduri 6 bulan sekali. heheheheee...

      Delete
  2. Aduhh...mabeles sungguh menunya..Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa2 jer beb. Ni lah menu kalau yang menjamu tu suka makan. heheheee..

      Delete