Skip to main content

Ulasan Buku : Anak-Anak Abah

Dah dekat seminggu Aida habis baca buku Anak-Anak Abah (AAA) ni. Dan dekat seminggu jugak Aida dok usung buku AAA ke sana sini. Niat sebenar nak buat ulasan macam yang dijanjikan dengan penulisnya, Abg Nazali Noor (Abang Naz) tapi tak jugak terbuat-buat. Bukan tak nak buat tapi tak tau nak mula macam mana.
 
Hajat hati kononnya nak buat ulasan lengkap. Yang terbaiklah konon. Tapi tak terbuat-buat. Walaupun Aida memang suka membaca tapi buat ulasan memang tak pernah. Kalau ulasan lisan tu biasalah. Cerita sana sini pasal buku yang dah dibaca. Kalau best Aida suruh diorang beli dan baca. Kalau tak best pada pandangan mata Aida, Aida bagi je pinjam buku Aida kat diorang tak payah diorang buang duit beli.
 
Meleret pulak intro. Makcik memang macam ni. Maaflah ya. :-)
 
Sebelum Aida cerita tentang AAA, Aida nak cerita sikit kenapa Aida beli buku AAA ni. Aida sebenarnya baru je mengenali tulisan Abg Nazali Noor @ Abg Naz ni. Ya memang buku beliau, Ulu Yam di Liverpool (UYDL) dan Ulu Yam di Liverpool 2 dah mula hot sejak 2014 lagi. Tapi Aida tidak terbukak hati nak membeli buku beliau. Sebabnya mudah, i tak suka Liverpool ok. I kan penyokong Manchester United. Jadi apa yang berkaitan dengan Liverpool memang i tak ambik pot gitu. Hahahahaa..ntah apa-apa kan?
 
Tapi perancangan Allah kan memang sukar kita ramal. Bulan November 2015 masa pergi Karnival Karangkraf, hati ni nak sangat cari buku UYDL. Tak tau kenapa. Mungkin sebab tak nak ketinggalan kot. Kata ulat buku tapi buku popular yang orang dok kata bagus bagus tu tak baca. Mana boleh jadi kan? Jadi Aida pun belilah buku UYDL dan UYDL 2. Masa tu tak tau kewujudan AAA.  Tapi bila nak balik tu, Aida jumpa RJ (orang kuat marketing Karangkraf) nak ambik buku Sunan (RAM) yang RJ dah tolong belikan dan dapatkan tandatangan Tuan RAM, RJ tanya beli buku apa dlm plastik berbondong-bondong tu, jadi Aida tunjuklah. RJ nampak UYDL terus dia cakap, penulis ni ada buku baru, tak nak beli ke? Dengan eksen Aida cakap, takpelah biar dulu. Sebab dalam hati dah terfikir, UYDL dan UYDL 2 ni pun tak baca lagi. Entah boleh terima ke tak pun tak tau. Sombong kan?  Itulah manusia.
 
Tapi lepas khatam UYDL dan UYDL 2 (Aida nak buat ulasan juga pasal buku ni nanti) hati terus rasa macam nak kena beli AAA segera. Dok terfikir-fikir nak beli online tapi tak terbeli-beli. Jadi bila kebetulan Aida ditugaskan untuk urus lawatan ke Karangkraf susulan daripada mesyuarat dengan Encik Syamil Fahim, the COO Aida pun sangatlah riang gembira.
 
Sampai je kat Karangkraf Mall tu, terus pi carik buku AAA. RJ bagi diskaun staf lagi, untungkan? Terus cakap kan RJ, sorrylah aritu sombong tak nak beli AAA ni....Hihihihi...ok. itulah serba sedikit cerita macam mana boleh beli AAA ni.
 
Ok. Sekarang baru nak mengulas. Hehehee.....Bahagian ulasan ini akan sedikit serius bunyinya ya :-)
 
 
Judul:
Anak-Anak Abah

Pengarang:
Nazali Noor

Penerbit:
Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
 
Harga:
RM25.00
(Kulit Lembut)
 
Pengarang yang pernah muncul dengan buku bestseller Ulu Yam di Liverpool dan Ulu Yam ke Liverpool 2  ini sekali lagi muncul dengan buku yang membawa motivasi dalam bentuk yang santai tetapi cukup menyentuh hati. Buku ini sarat dengan cerita kehidupan yang mampu memberi kesedaran dan juga mengajak kita berfikir tentang kehidupan kita. 
 
AAA dibahagikan kepada 6 bab iaitu 5 bab tentang setiap seorang anak penulis  dan bab terakhir tentang pesanan arwah bonda penulis.
 
Bab pertama Awwab Anak Abah Yang Bongsu membawa pembaca mengenali anak bongsu penulis, Muhammad Awwab Niyaz atau lebih dikenali dengan Awwab yang playful, manja, cute & pleasant. Penulis memaparkan cerita tentang kelahiran Awwab, cerita tentang saat Awwab menuturkan perkataan pertamanya, cerita tentang bagaimana Awwab menyampaikan sayang cerita tentang saat Awwab mula pandai berkata-kata, cerita tentang bila Awwab rindu dan cerita tentang bagaimana Awwab menyampaikan penghargaan. Cerita biasa-biasa yang berlaku dalam kehidupan harian setiap antara kita. Cerita ini menjadi sesuatu yang besar bila diangkat oeh penulis untuk dibukukan seperti ini. Dalam menyampaikan cerita biasa ini penulis banyak mengetuk hati dan minda kita untuk berfikir tentang sejauh mana kita menghargai setiap peristiwa indah yang berlaku dalam proses pembesaran anak-anak kita.      
 
Dalam bab kedua, Adam Anak Abah Yang Keempat membawa pembaca mengenali anak keempat penulis, Adam Nuqman (Adam) yang berusia sekitar empat tahun yang sweet, naughty, cheeky & unpredictable. Penulis memaparkan cerita tentang sikap Adam yang banyak memberi pengajaran kepada pembaca. Cerita tentang bagaimana Adam mengingatkan penulis tentang 3 perkataan penting yang selalu kita, orang Melayu atau Malaysia khususnya lupa iaitu, Tolong, Terima Kasih dan Maaf, cerita tentang Adam mengajar adik tentang nila-nilai murni tersebut, cerita tentang Adam mengingatkan kita tentang kebersihan, cerita tentang sikap prihatin dan juga kasih sayang Adam terhadap penulis. Sekali lagi ia cuma cerita biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. tetapi, sejauh mana kita peka tentang nilai dan pengajaran yang boleh kita kutip daripada setiap peristiwa yang berlaku tersebut. Dalam bab ini ternyata penulis telah sekali lagi membawa kita untuk terus berfikir dan muhasabah diri. 
 
Bab ketiga Najmi Anak Abah Yang Ketiga membawa pembaca mengenali anak ketiga penulis yang bernama Najmi Afiff (Najmi). Anak yang sudah meningkat remaja itu yang disifatkan oleh penulis sebagai bold, sensitive, expressive, content & sporty. Najmi merupakan anak yang paling pandai mengambil hati, prihatin, bertanggungjawab dan rapat dengan kedua-dua adiknya, Awwab dan Adam.
 
Seterusnya bab keempat Najman Anak Abah Yang Kedua membawa pembaca mengenali anak kedua penulis yang bernama Najman Ariff (Najman). Najman merupakan anak remaja yang disifatkan penulis sebagai charming, popular, cool, witty & warm.
 
Bab kelima Najwa Anak Abah Yang Sulung membaca pembaca mengenali anak sulung penulis myang bernama Asyiqin. Seorang anak gadis yang intelligent, tegas, competitive, sharp & leadership by example. Dalam bab ini penulis banyak menyedarkan kita tentang betapa perlunya kita wujudkan hubungan yang rapat dengan anak-anak remaja seperti Najma. Penulis menegasnya betapa perlunya kita sentiasa berada di sisi anak-anak bagi membantu dan membimbing mereka membuat keputusan tentang kehidupan.
 
Bab akhir sekali Entri Bonus Pesan Arwah Mak. bab yang paling meruntun jiwa dan mengundang air mata. Penulis berkongsi tentang peristiwa indah antara penulis dengan arwah bondanya dan juga pesanan arwah bondanya tentang kehidupan. Bacalah dengan  hati kawan-kawan. pasti akan menusuk ke dalam kalbu.
 
Secara keseluruhannya buku ini adalah buku yang sangat menarik dan mudah dihadam kerana penyampaian penulis yang santai dan bersahaja bersesuaian dengan tajuknya yang tidak berat. Buku ini sesuai dibaca oleh pelbagai peringkat usia. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk ibubapa tetapi juga sesuai untuk bacaan anak-anak.remaja, banyak pengajaran yang boleh diperolehi daripada buku ini. Pesanan yang disampaikan oleh penulis dalam setiap penceritaannya sangat berguna dan mampu membuka hati dan minda kita untuk berfikir dan terus berfikir tentang hidup dan kehidupan..
 
 
Nota khas untuk bakal pembaca:
 
Buku ini bakal mengundang air mata sekiranya dibaca dari hati. jjadi bersedialah dengan tisu secukupnya. :-)
 
Nota khas untuk Abg Nazali Noor @ Abg Naz :
 
Abang tipu. Kata buku ni tak boleh buat kita nangis-nangis. Tapi kenapa bila baca keluar air mata? Tipu tipuuuuuu. Apa-apapun, you are a great story teller Abg Naz. Tolong terus bercerita ya Abg.
  
My Adam pun 'baca' AAA tau
Suka sangat Adam membelek AAA ni.
 

Comments

  1. Best ke buku ni. Buku 365 cara didik anak pun x habis baca lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak. Santai jer...memang langsung tak boring...

      Delete
  2. siapa yang pernah baca buku beliau yang terdahulu 'Ulu Yam di Liverpool dan Ulu Yam ke Liverpool 2' akan lebih terkesan apabila menyambung baca buku AAA ini...terbaik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah