Sunday, May 15, 2016

Birthday Gift

Kalau ada yang rajin follow blog Aida ni, antara birthday wishlist Aida tahun ni aalah nak jam GPS. Ada beberapa model yang jadi pilihan Aida. Walau pun tau harganya agak mahal untuk orang tolong belikan tapi terus je lah berimpian dan berangan-angan. Tak salah kan? Bukan kena bayar pun angan-angan tu. Hihihihi..
 
Bila dah habis angan-angan baru sedar yang angan-angan tu memang tinggal angan-angan. Heheheee....
 
Jadi Aida ambil keputusan untuk membeli sendiri dan menghadiahkan kepada diri sendiri. Hadiah hari jadi untuk diri sendiri lah ni. Maka gigihlah Aida mintak tolong Acu Ayee (adik) untuk tolong carikkan kat mana ada jual jam ni. Dia pun gigihlah bertanya pakcik google. jawapannya ada kedai di Sunway Pyramid yang menjual peralatan suka termasukkan segala macam jam macam ni. Marathon Shop nama kedai tu,
 
Masa sampai kedai tu tadi macam kecewa je tadi sebab tengok dari luar tak Nampak macam ada. jadi kami pun tanyalah. Budak tu jawab ada. Rupanya dia hanya display beberapa model....itupun replika je. Jam betul bila kita mintak baru dia gi ambik.
 
Hajat hati nak cari Garmin Fenix 3 tapi rupanya Garmin Fenix 3 HR yang baru dah keluar. jadi apa lagi. Kita pun sambarlah yang baru ni. Memang pejam mata je masa bayar tu.  Yang penting hajat dihati tercapai, :-) Lain kali Aida share tentang kelebihan Garmin Fenix3 HR ni ya.
 
.
 
 

No comments:

Post a Comment