Friday, May 20, 2016

Malam Wartawan Malaysia 2016

Malam ni Aida berpeluang untuk ke Majlis Malam Wartawan Malaysia 2016 yang diadakan di Hotel Majectic, Kuala Lumpur.
 
Majlis istimewa untuk para wartawan Malaysia. Ehhh jangan salah faham. Aida bukan wartawan. Aida hadir bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh salah seorang wakil DBP untuk ke majlis tersebut. Pada mulanya memang berat hati nak pergi. Tapi bila dipujuk oleh teman-teman di Corp. Comm maka tertewas juga akhirnya.
 
Pada pandangan peribadi Aida majlis ni memang sangat bermakna kepada para wartawan kerana pada malam ini para wartawan diberi penganugerahan atas hasil kerja mereka. Wartawan DBP telah beberapa kali memenangi anugerah sempena malam Wartawan Malaysia ini. Tapi tahun ni tiada rezeki nampaknya.
 
Majlis ini memang grand juga. Tapi yang menyedihkan, sikap tetamu yang hadir di majlis ini. Tetamu meninggal majlis sebelum selesai acara pengaugerahan. Penyampaian anugerah utama dibuat dalam keadaan dewan telah pun semakin susut dengan tetamu. Amat menyedihkan. Mungkin pada tahun akan dating penganjur boleh memikirkan cara untuk mengelak daripada perkara seperti ini berulang kembali.






 
 


No comments:

Post a Comment