Sunday, May 22, 2016

Roland Garros 2016

French Open @ Roland Garros merupakan kejohanan Grand Slam paling bermakna buat Rafael Nadal dan semua penyokongnya. Ini adalah kerana Rafa mencatat sejarah yang paling bermakna di Rolland Garros. Rafa telah memegang gelaran juara sebanyak 9 kali sejak tahun 2005.
 
2005
Rafa (ESP)  df   Mariano Puerta (Argentina) 6–7(6–8), 6–3, 6–1, 7–5
2006
Rafa (ESP)  df   Roger Federer (SUI) 1–6, 6–1, 6–4, 7–6(7–4)
2007
Rafa (ESP)  df   Roger Federer (SUI) 6–3, 4–6, 6–3, 6–4
2008
Rafa (ESP)  df   Roger Federer (SUI) 6–1, 6–3, 6–0
2010
Rafa (ESP)  df   Robin Soderling (SWE) 6–4, 6–2, 6–4
2011
Rafa (ESP)  df   Roger Federer (SUI) 7–5, 7–6(7–3), 5–7, 6–1
2012
Rafa (ESP)  df   Novak Djokovic (SRB) 6–4, 6–3, 2–6, 7–5
2013
 Rafa (ESP)  df   David Ferrer (ESP) 6–3, 6–2, 6–3
2014
Rafa (ESP)  df   Novak Djokovic (SRB) 3–6, 7–5, 6–2, 6–4
 
 
 
Sejak tahun 2005, Rafa hanya gagal ke Final pada tahun 2009 apabila tewas di tangan Roger Federer di Separuh Akhir dan  pada tahun 2015 apabila tewas di tangan Novak Djokovic di pusingan Separuh Akhir juga. Juara pada tahun berkenaan adalah:
 
2009  
Roger (SUI) vs Robin Soderling (SWE) 6–1, 7–6(7–1), 6–4
2015  
Stan Wawrinka (SUI) vs Novak Djokovic (SRB) 4–6, 6–4, 6–3, 6–4
 
Pada tahun ini, Rafa akan meneruskan perjuangan untuk merebut gelaran juara untuk kali ke-10. Ini merupakan kali kedua Rafa bertarung untuk merebut gelaran juara buat kali ke-10 di Roland Garros.
 
Sebagai penyokong kuat pemain Sepanyol ini, Aida sangat berharap perjalanan Rafa menuju ke FInal dipermudahkan Allah dan Rafa seterusnya akan menang dengan bergaya untuk merebut gelaran juara buat kali ke-10. Insyaallah.
 
VAMOS RAFA
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment