Sunday, May 8, 2016

Emak dalam Kenangan 2014-2016

Hari ini genaplah 2 tahun emak pergi. Pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Pergi tak kembali lagi kepada kami sekeluarga. Begitu cepat masa berlaku. Terasa macam baru semalam bercakap dengan emak, bermanja dengan mak dan bergaduh dengan mak.
 
Rindunya teramat sangat. Hanya Allah yang tahu bagaimana rasanya rindu itu. Kehilangan abadi. Tapi kami sedar, sedih bagaimanapun semua ini adalah ketentuan ilahi. Yang hidup pasti akan mati. Emak pergi dulu dan kami pasti menyusul tak lama lagi. Berapa lama kami pun tak pasti.
 
Hari ini sehingga waktu ini kami adik beradik dan abah masih lagi tanpa culas akan menziarah pusara emak setiap minggu. Seingat Aida hanya beberapa kali sahaja lah kami tidak dapat mengunjungi pusara emak kerana kami bercuti di luar Kuala Lumpur. Sekiranya kami berada di Kuala Lumpur, memang tanggungjawab ini telah dilaksanakan dengan baik. Hanya itu yang dapat dilakukan tanda ingatan kami pada emak. Tanda kasih saying kami pada emak. Pusara emak wajib dikunjungi selain daripada mendoakan kedamaian emak di sana.
 
Emak, kasih sayang mak tak akan kami lupa sehingga bila-bila. Kami akan bawa sehingga akhir hayat. Damailah emak di sana. Tunggu kedatangan kami ya emak.

No comments:

Post a Comment