Skip to main content

Adam dan Kek

Hari ini Aida ambil cuti sehari atas alas an nak berehat selepas 11 hari bekerja tanpa cuti Sabtu dan Ahad kerana Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Plan asalnya nak pergi tengok movie dengan pergi gym sorang-soranglah. Tapi bila nak keluar rumah si kecik Adam tak bagi keluar rumah pulak. AYang tak boleh keluar. Nak keluar kena bawak dia. Nak gi gym macam mana kalau bawak dia kan?
 
Tapi sebab nak kena gi bayar membership fee kat Fitness First tu, Aida keluar jugaklah. Gi gym tapi untuk buat payment je bukan untuk workout. Ralat jugak kan. Tapi nak buat cam mana. Lepas gi gym tu Tanya dia Adam nak makan tak? Mula-mula dia jawab tak nak. Dia nak bateri jer. Tapi lepas Tanya dua tiga kali dia kata "Adam nak makan kek".
 
Kat Avenue K tu takde kek sedap. Jadi jalanlah dari Avenue K gi KLCC. Jalan dengan dukung budak kecik yang dah 3 tahun tu. Adam ni malas jalan. Nak berdukung je keje dia. Layankanlah. Tapi boleh tahan lenguh jugaklah tangan. dengan nak menapak dari Avenue K ke KLCC tu.
 
Sampai Avenue K terus gi Chillis, nak bagi dia Molten Chocolate Cake, Ayang boleh lah makan Salad yang melambak tapi sedap tu. Tapi dia tak nak masuk pulak. Dia sibuk nak beli bateri tak nak makan. Puas pujuk cakap makan dulu lepas baru beli bateri. Tak mau jugak.
 
Jadi Aida pun bawaklah turun gi 7elevan. Beli bateri lepas Tanya dia nak kek tak. Dia kata nak. Depan 7E tu ada Secret Recipe. So teruslah masuk Secret Recipe. Adam ni suka colour pink. Bila Tanya dia nak kek apa terus dia tunjuk Red Velvet sebab Red Velvet kan merah, dekat-dekat dengan pink. Heheheee....Terus lah ambik. 
 
Layankan dia makan kek dengan minum Chocolate Blended lepas tu terus balik. Habislah cuti dengan layan Adam jer. Heheheheee...
 
 

 
 



 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kakda kongsikan sesuatu yang Kakda teeima daripada Whatsapp Group. Semoga dapat memberi manafaat kepada kita semua. MALAM INI, malam doa diterima, jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita.  Hari ini 28 March 2021 adalah malam nisfu syaaban sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر. Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke lang