Thursday, August 18, 2016

Perak untuk Malaysia @ Olympics Rio 2016

Walaupun gagal meraih pingat emas yang diharapkan oleh semua rakyat Malaysia apabila tewas di pusingan akhir ditangan pemain Indonesia, 14/21, 13/21, namun bagi Aida pasangan bergu campuran Malaysia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tetap menang di hati rakyat Malaysia.
 
Tiada sangka menduga mereka akan berjaya membawa balik pingat untuk Negara. Tiada siapa sangka. Jadi kejayaan mereka mara ke pusingan akhir ini adalah satu pencapaian yang luar biasa dan sangat membanggakan.
 
Sejarah tetap tercipta. Malaysia memenangi pingat Perak di Olympics Rio 2016.
 
Tahniah buat pasangan beregu Negara. Anda adalah wira.
 

1 comment:

  1. walaupun ada mlt2 celopar yg kompelin mcm2 tp yg berssh payah yg berpeluh bagai depa2 nih...
    kalau pun ada yg tak menang pingat tp mereka berusaha sehabis baik... olimpik pun mcm lwn ngn org2 asia tp lawan peringkat dunia nun... depa sume besar2...
    walaupun bandminton kite kire teror tp indonesia ngn china ada pemain2 taraf dunia... mmg saingan sengit btl kan

    ReplyDelete