Wednesday, August 10, 2016

Dugaanmu - Indra

Kelmarin Aida terima berita yang mengejutkan tentang seorang sahabat. Berita tersebut disampaikan sendiri oleh ibu mertua sahabat Aida yang Aida panggil Mama. Mama kata sahabat Aida sekarang berada di ICU. Dah beberapa hari dia ditidurkan oleh doktor untuk tujuan rawatan. Mama minta Aida doakan. Berderai airmata selepas mendengar perkhabaran tersebut. Baru beberapa hari lepas bertemu dengan dia. Dia kelihatan seperti biasa sahaja. perkhabaran duka ini memang sangat meruntun jiwa.  
 
Semalam memang Aida berhasrat untuk menziarah sahabat tersebut. Tetapi disebabkan ada kekangan kerja yang mendesak, maka hasrat tersebut terpaksan dibatalkan. Tetapi dalm hati memang gundah gulana.
 

Hari ini rasa sangat bersyukur kerana berkesempatan untuk menziarahi dia. Gugur airmata melihat keadaan dia yang terbaring kaku. Doktor terpaksa membuat dialysis dan dia masih menggunakan alat bantuan pernafasan. Bercakap dengan isterinya Hazleen @ Nor lagi buat hati ini sedih dan sayu. Berat betul dugaan yang terpaksa ditempuh.  


Bersama Indra dan Isterinya Nor @ Lynn
 
Sahabatku Indra (Mohindra Muhammad),
 
Teruskan berjuang untuk sembuh sahabat kerana kamu tidak sendiri. Ada kami di sini yang akan selalu memberikan sokongan padamu. Bangunlah sahabatku. Buka matamu segera. Kami tak daya melihatmu begini lagi. Semoga Allah memberi kesembuhan segera kepadamu sahabatku.
 
 

No comments:

Post a Comment