Sunday, August 14, 2016

Pergi Tak Kembali

Pagi tadi seawal jam 8 pagi Aida menerima panggilan telefon daripada nombor yang tak diketahui. Kalau kebiasaannya memang panggilan daripada nombor begitu jarang sekali Aida angkat. lebih-lebih lagi di hari cuti macam ni. Tapi pagi tadi Allah gerakkan hati untuk angkat.
 
Sebaik sahaja mengangkat panggilan tersebut, dihujung talian Aida dengar suara yang dikenali. "Aida, Mama ni". Mama Zahid rupanya. Terus macam-macam muncul dalam kepada. Kenapa Mama call pagi-pagi ni?
 
"Mama sambung lagi, ada berita sedihlah Da." Kerisauan Aida terus bertambah. Dengan suara yang agak sendu Mama sambung lagi "Indra dah takde Da". Berderai terus air mata ini.
 
Setelah seminggu berjuang melawan kesakitan, 'severe dengue'  sahabatku Mohindra Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Indra @ In, telah pergi menyahut panggilan ilahi pada pukul 7 pagi tadi di Hospital Selayang.  
 
Ya Allah, cepat betul segalanya berlaku. Sukar untuk mempercayainya. Baru dua minggu lepas kami berjumpa. Bergurau senda bergelak ketawa dan bergaduh seperti biasa. Tiada apa yang berbeza. Tiada sebarang tanda yang dia akan pergi.
 
Cuma yang Aida pasti tak boleh lupa, bila dia sibuk nak ambil gambar bersama. Berdua dengan dia. Tak sangka rupanya dia nak tinggalkan kenangan untuk Aida. (Tapi gambar tersebut diambil menggunakan hp Nor, isteri Indra. Dan gambar tersebut tidak Aida minta dari awal. Jadi sekarang memang tak sampai hati untuk minta gambar tersebut dari Nor).
 
Selepas menerima berita Aida terus menghubungi rakan-rakan yang mengenali untuk memberitahu berita sedih tersebut dan terus bersiap untuk menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada seorang sahabat yang baik yang sangat disayangi. Mengikut Mama, urusan mandi dan kapan akan dilakukan di hospital dan selepas itu dibawa balik ke rumah keluarga Indra di Sg. Tua, Batu Caves untuk disembahyangkan dan dikebumikan.
 
Aida terus ke rumah keluarga Indra di Sg Tua, Batu Caves bersama-sama dengan Adik (Azree) yang juga mengenali Indra kerana sering berurusan tentang hal printing, dan juga Yanz, sahabat Za8FC. Semasa kami sampai jenazah baru nak bergerak dari hospital.  
 
Setelah lebih kurang setangah jam menunggu, kami lihat van jenazah memasuki rumah. Hati terus dirundung hiba. Ini bukan mimpi rupanya tetapi kenyataan yang sangat pahit untuk diterima.
 
Entah berapa kali Aida terpaksa menyapu airmata kerana gagal membendung perasaan hiba. Memandang anaknya, Amanda, isterinya Nor Hazleen dan sikecil Areq memang menambah pilu di hari. Ya Allah. Ampunkan hambamu ini yang imannya senipis kulit bawang, Bukan Aku tidak redha tetapi perasaan hiba dan sayu in memang tak dapat nak dibendung. Aku terlalu sedih Ya Allah. Ampunkan aku.
 
 
Jenazah Indra selamat dikebumikan sleepas solat Zohor. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan memcucuri rahmat ke atas rohnya. Dan untuk Nor, semoga kau terus kuat dan tabah sahabatku.  
 

Indra paling kiri. Gambar terakhir yang dirakam di rumah Aida semasa Open House tempohari.

Indra Sahabatku,
 
31 Julai 2016 - Ko dating rumah aku. Aku tak dapat laying sangat sebab ramai sangat kawan aku masa tu. Ko kata takpe. Biasalah tu.
 
14 Ogos 2016 - Aku datang rumah ko. Ko pulak tak layan aku Tapi ko lagi teruk sebab ko tak layan semua orang. Aku sedih. Orang lain pun sedih.
 
Indra,
Aku tak sangka itu kali terakhir kita bertemu, bersembang, bergurau dan bergaduh seperti biasa. Kalau aku tau itu yang terakhir, pasti aku takkan biarkan ko dan keluarga makan tanpa layanan terbaik daripada aku. Aku rasa ralat sangat. Maafkan aku In. Bukan korang tak penting tapi aku cuba berlaku adil dengan semua kawan-kawan yang dating rumah aku masa tu.
 
In,
Cepatnya ko tinggalkan kami. Aku tak sangka kita akan berkawan sehingga ke akhir hayat. Aku tak sangka ko pergi secepat ini. Dulu ko kata akalau aku kawin ko nak buatkan kad untuk aku free. Sebab dah lama sangat tunggu aku kawin tapi tak kawin-kawin kan? Tapi ko tipu. Ko dah pergi dulu sebelum buat kad aku. Ko tipu tau.
 
Indra sahabatku yang baik,
Aku doakan Allah mengampunkan segala doasa ko dan menempatkan ko dalam kalangan orang beriman. Tenanglah ko di sana In. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik untuk aku selama ni. Ampunkan segala salah silap aku ya.
 

2 comments:

  1. alfatihah bt arwah kak... moga rohnya dicucuri rahmat, diampuni semua dosa2nya

    walaupun tak kenal tp sedih baca ntry akak nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dana. Semoga dia tenang di sana. Amin.

      Delete