Skip to main content

Lunch Box

Tayang lunch box sikitlah ya. Minggu ni ada 3 jer sebab Isnin tak kerja dan esok (Jumaat) ada lunch date dengan BFF. Selamat menjamu mata ya kawan-kawan. Kalau ada yang berminat nak resepi silalah maklumkan. Tapi serius ni semua resepi mudah-mudah belaka. :-)
 
SELASA
Cereals + Raisin with Fresh Milk for Breakfast
Pan Grilled Salmon + Fruit Salad for Lunch
French Toast for Tea Break



RABU
Ommelette for Breakfast
Grilled Chicken + Macaroni + Saute Asparagus & Mushroom for Lunch
 


KHAMIS
Cereals + Raisin with Fresh Milk for Breakfast
Pan Grilled Salmon & Potato + Mixed Salad with 1000 Island Dressing for Lunch
 
 

Ada rakan sepejabat ni yang rasa macam sangat kagum bila tengok Aida hari-hari bawa lunch box. Menunya macam mat saleh pulak. Sebenarnya 'kerajinan' ni disebabkan oleh masalah diri sendiri. iada ni cerewet sikit bab makan. Lebih-lebih lagi sekarang ni sebab rasa nak lebih kepada makanan yang sihat. Banyak kriteria pemilihan makan ditetapkan untuk diri sendiri. Kalau beli makanan di kafe pejabat ni memang tak memenuhi kriterialah. Jadi pilahan yang ada pastinya bawa sendiri makanan dari rumah.
 
Bab pemilihan makan yang ala-ala mat saleh ni sebab menu macam ni mudah untuk disediakan. Tak ambil masa yang lama. Boleh siap semuanya tak sampai sejam. kadang-kadang 15 minit, kadang-kadang setengah jam tapi pasti tak lebih setengah jam lah. Sebab tu Aida pilih menu 'mat saleh' ni. Lagi satu tekak anak pak salleh macam I ni memang suka sangat menu mat saleh. Perasan mat saleh sangat kan? hehhehee...

Comments

  1. hahhaha...anak pak salleh mmng patut le mknn mat saleh! ;-))

    lunch box akak yang sentiasa sdp sokmo... serius, sy kagum dgn akak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah