Skip to main content

Suamiku Encik Sotong

Korang jangan salah faham plak tentang topic ni ya. Encik Sotong tu bukan suami aku tau. Lagipun mana aku ada suami. Akukan bujang terlajak laris. Opssssss termengata diri sendiri plak. Hehehehee... Aku bercakap tentang drama kat TV yang ni lah.....
 
 
Drama ni sebenarnya adaptasi daripada novel karya Syikin Zainal, terbitan Alaf 21. Ditayangkan di Astro Ria dan Astro Maya pada setiap hari Isnin, pukul 10.00 - 11.00 malam. 
 
Dah lama sebenarnya aku tak follow mana-mana drama bersiri ni. Sebabnya aku ni bukan suka sangat tengok TV sekarang ni. Drama ni pun aku baru jer tengok 3 episode. Takde niat nak tengok  pun pada awalnya. Start tengok tu bila abah aku dok tanya pasal drama  ni. Kesan daripada promo yang agak kerap kat tv tu lah kan. Jadi kitaorang pun tengoklah.  Tapi bila tengok cam ok jugaklah. Suka tengok si sotong tu. Gedik semacam walaupun kadang-kadang tak menjadi sangat kesotongannya tu. Tapi kira ok lah. Boleh buat gelak.  
 
Cumanya kan, aku dengan adik aku sependapat tentang satu perkara. Kitaorang ada dua perasaan yang berbeza bila tengok drama ni. Satu rasa cam best jer dan satu lagi rasa macam meluat. rasa best tu dating bila ada scene yang melibatkan si sotong tu. Tapi bila part wife dia si Erica tu terus rasa cam nyampah plak. Tak best ar...nak tengok sotong jer. Bleh gitu? Heheheeeee....Sukati kami lah kan. Heheheee...
 
Photo credit to www.taikotai.com

 
 

Comments

  1. Saya suka jgk drama ni.
    Tu la, kdg2 tak nampak sgt kesotongannya huhu.

    Sy jarang jgk tgk tv.. kdg2 bukak tv tapi tak tgk pun. mata kat lain, otak kat lain, telinga kat lain haha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah