Skip to main content

The Kasihs Shawl

Korang pernah dengar pasal The Kasihs Shawl? Ala shawl yang dijual oleh Filla, blogger terkenal tu. Takkan tak kenal kot? kalau tak kenal sila pi google blog The Kasihs. Ah malas? Ish korang ni. Oklah aku bagi URL dia. Ni ambik....The Kasihs. Baikkan aku :-)
 
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal blog dia. Tapi aku nak cerita tentang shawl dia jer. Aku dah jatuh cinta dengan Chiffon Shawl dia. Memang best giler. lembut jer chiffon dia tau. Dah leh lembut, sejuk plak pastuh flowy pulak. pendek cerita memang best lah. Eh korang jangan salah paham. Aku bukan buat iklan untuk Filla tau. Tapi aku cakap ikhlas dari hati ni. memang aku suka Chiffon Shawl dari The kasihs ni.
 
Mula2 dulu aku beli satu jer. Nak try dulu. Bila dah pakai. Aku rasa memang best aku beli lagi 3. Pastuh baru ni aku beli lagi 3. So skg aku dah ada 7 ok. Aku rasa cam nak tambah lagi. Tunggu Filla tambah kaler dulu. :-) Ni antara koleksii yang aku ada.


Ni aku bagi details skit pasal Chiffon Shawl ni.
 
Saiz:
180 x 80 cm
 
Harga :
RM35 (termasuk postage),
Sabah Sarawak kena tambah RM5.00

 

Sekarang ni tengah ada promotion beli 3 = RM100 atau 4 = RM130.00. kalau korang berminat boleh dapatkan detail kat blog Filla. Kalau korang suka pakai shawl macam aku mmg korang kena beli sebab memang berbaloi2. 
 
Selain daripada Chiffon Shawl The kasihs ada jugak Satin Silk. Bagi penggemar silk bolehlah cuba. Aku tak minat silk sangat jadi aku belum beli lagi. Tapi memang Nampak eksklusif lah Satin Silk The Kasihs ni.. Cer lah korang tengok kat Blog Filla.
 
Oklah ini sahaja iklan tak berbayar buat masa ni :-)

Comments

  1. kenal sesangat blogger ni...Diana pun berkenan gak shawl dia ni..nmpk kualiti kainnya bagus...teringin gak..tp tahan je sbb dh banyak bajet keluar kat tudung...terlebih2 bajet pulok... nanti interprem skit gambar akak pakai tudung ni nak tengokkkk!! tau tau!!:-))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah