Tuesday, January 10, 2017

Ayoi Turns 10

Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik tak sangka dah 10 tahun dan umur anak bongsu abang Aida ni. Mohd Azrul @ Ayoi cucu yang paling manja dengan nenek (arwah). Dulu masa nak pergi tadika mesti duduk dalam kain nenek masa nak tunggu bas. Sekarang dah masuk darjah 4 dah rupanya budak kecik ni. Nenek tak sempat nak tengok Ayoi besar tapi Alhamdulillah Ayoi ada Atok lagi. Sekarang manja dengan Atok pulak. Pantang cuiti sekolah mesti nak tidur rumah Atok. Padahal rumah sekangkang kera je dengan rumah Atok. Ayoi Ayoi.
 

Back in 2012. Yoi in yellow jacket. Cinonet jer :-)

Petang ni Atok buat small celebration untuk Ayoi. Memang small je sebab cuma ada kek, mee goreng dan ayam goreng. Hari ni semua orang kerja kan jadi memang susah nak kumpul semua ahli keluarga. Sebab tu buat kecil-kecil jer dulu, Kek ni pun Ayang yang buat. Kek Pelangi dengan edible Ben10 macam yang Ayoi nak. Jenuh jugaklah nak membakar satu-satu lapisan tu. Tapi demi Ayoi, Ayang buatlah jugak. kalau dah besar nanti tak ingat Ayang tak taulah nak cakap. :-)
 
Happy Birthday
Mohd Azrul Azman @ Ayoi!
 
Ayang doakan semoga Ayoi sentiasa dilindungi Allah, diberkati hidup dunia akhirat.
Semoga Ayoi menjadi anak yang soleh, mengikur suruhan Allah dan menjauhi larangannya.
Semoga Ayoi Berjaya di dunia dan akhirat.
 
Cake cutting with Atok, Acu, Abg Wan, Abg Jijie & Adam.
 
 
Rainbow Cake made by Me :-)
I love the colourfull layer

No comments:

Post a Comment