Saturday, January 28, 2017

Selamat Pengantin Baru Sahabatku

Selamat Pengantin Baru Sahabatku 
Nor Hazleen Baharudin
Semoga ikatan yang dibina kekal bahagia sehingga ke jannah.

Nor & Min
Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah. 
Tidak siapa menduga sahabat Aida yang satu ini yang kehilangan suami akibat demam denggi pada 14 Ogos 2016 yang lalu akan menemui pengganti dalam masa beberapa bulan sahaja.  

Semasa dihubungi beliau melalui telefon bagi memaklumkan tentang perkara ini terus terang Aida katakan yang Aida memang terkejut dan sukar untuk mempercayainya. Beliau dan arwah suaminya dulu mengusahakan perniagaan percetakan, termasuklah percetakan kah kahwin. jadi bila menerima kad kahwin Aida masih ragu-ragu. Prank ke ni? Terus Aida hubungi Mama. Aida tidak bertanya terus tetapi saja bertanya khabar mama dengan harapan Mama akan ceritakan tentang majlis perkahwinan puteri sulongnya itu. tetapi tidak ada langsung Mama bercerita tentang hal itui. teruis Aida hubungi Juara AF2, Zahid yang merupakan adik Nor. Malas berkias terus tanya tentang perkara tu. Zahid kata. betullah. Datang nanti jangan tak datang. Selepas meletak telefon Aida masih lagi ragu-ragu. Dalam hati masih rasa, Entah-entah Zahid pun subahat nak prank Aida juga. 

Aida terus beritahu Abah tentang undangan tersebut. Abah kata ok kita pergi sebab mereka sekeluarga selalu datang bila kita jemput datang kenduri ke atau open house raya rumah kita. Jadi kami pun setuju untuk pergi berempat. Aida, Abah, Anyah dan Ateh.

Bila hari yang ditunggu tiba, Aida masih lagi ada ragu dalam hati. Tapi cuba yakinkan diri. Sebabnya Aida dah bagi tahu dia yang Abah pun dah setuju nak datang. Dia pun macam excited bila dengar Abah, kakak dan adik Aida pun datang sama. Lagi ramai lagi bagus dia kata. 

Dalam perjalanan ke Teluk Intan hati berbedar-debar juga. Teluk Intan bukan dekan kat. Lagi-lagi berjalan di musin perayaan (CNY) macam ni. Alhamdulillah jalan tidak terlalu sesak. perjalan pergi agar lancar walaupun ada beberapa tempat yang sedikit sesak tetapi tidak lama.

Dalam perjalanan Aida sempat watsap Epul (kawan baik Zahid). Aida tanya dia pergi tak wedding Kak Nor. Sekali dia jawab 'Kak Nor mana?' Aida cakaplah Kakak Zahidlah. Sekali dia kata "Epul tak tau pun" Mak oiiiii berderau darah oooooo....Takkan Zahid tak jemput,  Rasa nak nangis pun ada dah masa tu. Tapi kuatkan semangat. Ishhh ni mesti kes terlupa ni. Takpe2...Relax.

Sampai je Teluk Intan kitaorang berhenti dekat Restoran Gulam Rasul dulu sebab kami belum sarapan. Aida terus call Mama..tak berjawab...Call pulak Nor...tak berjawab jugak. Berderau lagi sekali. Call Zahid pulak, Tak panjang citer Aida terus tanya "wedding kak Nor hari ni kan?". Zahid cakap "Aah betullah. Dah sampai ke? Kat mana?". Aida cakap dah sampai Teluk Intan tapi tak gi Angsoka Hotel lagi sebab awal lagi. Zahid pun kata Ok. Nanti terus ke Angsoka lah, terus terang Aida cakap masa ni Aida masih lagi ada sedikit keraguan. Huhuhu...Tapi buat-buat chill je depan Abah, Anyah dengan Ateh. lepas breakfast kami pusing-pusing dulu pekan Teluk Intan sebab awal lagi dan nak bagi makanan yang baru makan tadi 'turun' dulu. Tapi sebab pekan Teluk Intan ni tak sebesar mana pun, pukul 12.30 kami dah terus ke Angsoka Hotel.

Alhamdulillah, Memang betul Majlis Perkahwinan Nor & Min, :-)

Benarlah jodoh itu rahsia Allah. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Bila Allah nak bagi kita tak pernah tahu. Macam Aida ni dah umur 40 pun tak sampai-sampai lagi jodohnya. Tapi sahabat Aida yang sorang ni baru beberapa bulan menjadi balu dah dipertemukan Allah jodoh yang baru. Sesungguhnnya perancangan Allah itu yang terbaik kan? Kita tak pernah tahu rahsia disebaliknya. 

Iklan ubat gigi :-)
With the bride & groom
With Sarah & Zareef (permata Hati Zahid)
With Kak Kin & her newborn baby boy- Anas Mikhael :-)
With Mama & Ann

Menara Condong Teluk Intan

Fullview of menara Condong Teluk Intan

No comments:

Post a Comment