Saturday, January 14, 2017

Undangan Walimatul Urus

Minggu lepas pada 7 Januari 2017 Aida berkesempatan membawa abah memenuhi undangan Walimatul urus pasangan Tuan Haji Wan Azaham Wan Mohmad dan Puan Hajah Rogayah Abd Hamid di TTDI. Kedua-duanya adalah mantan pegawai DBP. Hajah Rogayah atau yang Aida biasa panggil Kak Guy ni pernah bekerja satu jabatan dengan Abah dan Haji Wan (Aida lebih biasa panggil En. Wan) pula pernah bekerja satu jabatan dengan Aida selalu ada urusan kerja dengan Aida. jadi kami rapat juga lah masa kerja dulu (walaupun dia Ketua Bahagian dan Aida hanya pegawai biasa). Kedua-dua pasangan ni memang baik orangnya. Aida mengenali anak-anak mereka sejak kecil lagi. Bila dapat undangan Walimatul Urus mereka memang seboleh mungkin untuk tidak menguzurkan diri.
Seperti biasa majlis seperti ini menjadi tempat pertemuan rakan-rakan sekerja lama (Abah). Ramai juga rakan sekerja Abah yang masing-masih dah bersara menghadirikan diri. Bersembang panjang mereka. Aida sebagai generasi baru sekadar tumpang gembira melihat keakraban mereka ini. Walaupun masing-masing dah bersara bertahun-tahun lamanya tapi masih kelihatan mesra lagi. Seronoknya. Semoga kami generasi DBP yang sekarang ini juga mampu menjalin hubungan seperti itu juga.  
Bergambar dengan Mak Pengantin dan Pesara DBP (Aida jer yang bukan pesara di situ ya. Hehehhehee)

Bersama-sama Kak Asiah (Mantan Boss), Kak Rafeedah (Mantan KB DBP DBP) dan Kak Wahyu (Mantan pegawai Kanan DBP)

Hari ini Aida berkesempatan pula membawa Abah menghadiri satu lagi Majlis Walimatul Urus anak  Pesara DBP, Kak Jamilah Abd Ghani yang diadakan di Maju Junction, Kuala Lumpur. Sekali lagi seronok dapat lihat Abah bertemu sahabat-sahabat lama di majlis seperti itu. Semoga ukhwah mereka berpanjangan selamanya. Insyaallah.
 

Abah (kiri sekali) dengan sahabat baik Abah, Pakcik Manap Karim, En Rahman Morgan dan Abang Ismail Karmun

Aida menyelit diantara pesara DBP :-)

Pesan Abah:
Memenuhi undangan ini adalah wajib sekiranya kita tiada halangan yang melintang, Jadi seboleh mungkin kita kena berusaha untuk memenuhi undangan. Jangan memandang remeh hal undangan ini. Selain daripada wajib di sisi islam, kita juga perlu letakkan diri kita di tempat mereka, Kalau kita yang mengundang, kan kita nak orang datang? Kita pasti sedih kalau orang tak datang kan? Jadi berusahalah untuk memenuhi setiap undangan. Selain daripada dapat pahala, kita juga dapat menggembirakan tuan rumah yang menjemput.

1 comment:

  1. musim wedding kan, nnti time cny msti lg banyak yg bt majlis almaklum cuti kan

    ReplyDelete