Monday, January 30, 2017

Mencari Kesalahan Diri

Sejak akhir-akhir ini Aida sering dihubungi oleh seorang teman yang berkongsi masalah dengan Aida. Masalah hubungan antara dia dengan kakak dia. Masalah ni sebenarnya telah bertahun-tahun lamanya berlaku. 

Hubungan antara kawan Aida (Aida namakan sebagai A) dengan kakak dia (Aida namakan sebagai C) ni sebenarnya boleh dikatakan panas. Mereka tidak bergaduh besar atau bertelingkah di mana mana-mana. Tapi saban hari, ada sahaja perkara yang dilakukan oleh A ni salah di mata C.

Banyak butir percakapannya yang disalah tanggap oleh C. A kelihatan seperti orang bersalah yang sentiasa menunggu masa untuk dijatuhi hukuman oleh C. Kalau buka mulut pasti ada salah di telinga C. Kalau bagi pandangan atas sesuatu perkara pasti kelihatan tidak berguna, Kalau buat sesuatu pasti kelihatan tidak ikhlas di mata C.

A semakin lama semakin makan hati dengan layanan C terhadap dia. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat. Sampai satu tahap dia rasa diam lagi baik daripada berkata apa-apa. Bukan dengan niat mengeruhkan keadaan tetapi demi menjaga hari sendiri. Tidak sanggup lagi diperlaku seperti orang asing dalam rumah sendiri. 

Semakin hari A rasa C seperti membenci dirinya. Dia cuba mencari punca mengapa semua ini berlaku tetapi masih gagal. Akal yang waras tidak mampu memberi jawapan kenapa seorang kakak boleh membenci adik sendiri. Dosa apa yang dia lakukan sehingga C bersikap sebegitu padanya. Sampai hari ini A masih lagi tercari-cari jawapan yang tidak diketahui bila akan ditemuinya. 

Dia selalu berdoa agar sebelum dia menutup mata dia dapat melihat pandangan kasih sayang daripada C. C bukan kakak yang terlalu garang. C selalu membantu keluarga dengan wang ringgit kerana Allah memberi anugerah wang ringgit yang berlebihan buat dirinya. A jugak tidak terkecuali daripada dibantunya. A cukup menghargainya. C seorang yang baik. Cumanya bila berdepan dengan A, semacam ada sesuatu. Hati dia terus menjadi panas. Kemarahan akan timbul tanpa perlu ada sebab. A boleh dimarahi bila-bila masa. 

A kata dia dah penat dengan semua tu. Dia tak nak perkara begini terus berlanjutan. A tak mampu berkongsi masalah ini dengan keluarga. A tidak mahu orang tuanya risau tentang hubungan dia dengan C. A jugak tidak mahu berkongsi masalah ini dengan adik-adiknya. Kerana A sudah semakin malu dengan adik-adik. Katanya adik beradik semua sedia maklum tentang layanan C terhadapnya, Simpati tetapi tidak dapat membantu. A hanya mampu berdoa dan terus berdoa.

Sebagai kawan Aida hanya mampu menasihatinya supaya terus bersabar. Aida suruh dia muhasabah diri. Cuba lihat apa yang dilakukan yang tidak disukai oleh C. Walaupun Aida tahu C kadang-kadang boleh menjadi marah kepada A tanpa sebab, Entahlah, Dimana silapnya Aida pun tak tau. 

Kepada sahabatku A, 
Banyakkan bersabar.
Ini mungkin ujian buat dirimu sahabat. 
Teruskan berdoa sahabatku.
Semoga segalanya akan bertambah baik pada masa mendatang. Insyaallah.  


No comments:

Post a Comment