Friday, January 27, 2017

Projek Amal

Buku ini diterbitkan khas buat Allahyarham Ustaz Azman Al-Kurauwi atau Ibnu Ahmad Al-Kurauwi, pegawai DBP yang juga imam Surau Hukama' di DBP.  Beliau juga seorang penulis, pakar tulisan jawi dan peminat seni fotografi. 

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada pagi  4 Disember 2016 meninggalkan seorang balu dan empat orang anak berusia antara 6 bulan dan 16 tahun.  Untuk membantu anak-anak beliau, beberapa orang sahabat dan kenalan arwah di dalam dan luar DBP telah bergabung tenaga menerbitkan buku ini.

Buku ini menghimpunkan koleksi doa puitis, puisi ketuhanan(Kata Guru) dan foto kembara beliau. 
Untuk makluman,  seluruh hasil jualan buku ini akan disalurkan kepada tabung pendidikan anak-anak arwah.  Semoga usaha kecil ini dapat membantu anak-anak arwah dalam meneruskan pendidikan mereka dan menjadi amal jariah buat arwah terutama bila doa nukilannya diperdengarkan semula. 

Terima kasih atas sokongan semua sahabat dan kenalan.  Hanya Allah yang dapat membalas budi baik anda.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, Kau cucurilah rahmat-Mu  ke atas roh sahabat yang kami kasihi ini dan Kau tempatkanlah rohnya dalam taman syurga-Mu bersama-sama para solehin.  Allahumma Amin.

Harga senaskah RM 20. 
Untuk mendapatkan naskhah anda, anda boleh wassap Aida terus di talian 0122147665.

No comments:

Post a Comment