Wednesday, January 4, 2017

Muhammad Aiman Syafiq Anak Istimewa

Anak buah Aida yang seorang ni memang sangat istimewa. Melihat keletah dia memang rasa terhibur selalu. Sangat manja tapi garang. Sejak akhir-akhir ni kalau tak dapat apa yang dia nak dia dah pandai berguling-guling atas lantai.
Tak sangka lagi berapa hari cukup usia dia 2 tahun. Begitu pantas masa berlalu. Masih teringat lagi saat kelahiran dia. Saat kami diberitahu bahawa dia adalah anak istimewa. Aiman disahkan down syndrome. Terkejut yang amat sangat. Dalam keluarga kami memang tiada anak yang dilahirkan istimewa ni, Adik Aida (Mak Aiman) pun baru berusia 28 tahun masa melahirkan Aiman. Jadi seperti tidak ada punca bagaiman Aiman boleh dilahirkan sebagai istimewa. Tapi itulah, Allah lebih mengetahui segalanya. Kami redha dengan ketentuan ilahi. Abah selalu mengingatkan bahawa anak seperti Aiman memang dah ada jaminan syurga. Jadi kita diberi Allah peluang untuk menjaga anak syurga. Kita patut bersyukur. Mana tahu nanti Aiman mampu membantu kami 'di sana' nanti. Kan? Insyallah.
Sejak lahir Aiman tak menimbulkan banyak masalah. Kami bersyukur juga kerana Aiman tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan (kecuali allergy). Kalau menurut Doktor, anak-anak seperti Aiman ini selalu ada masalah kesihatan. masalah jantung ke paruparu ke atau sebaginya. Dan anak-anak seperti ini ada masalah otot dan menyebabkan dia lambar berjalan dan pergerakan terbatas. Mungkin masa usia 2 tahun lebih baru boleh berjalan. Tapi Alhamdulillah sebab Aiman mampu berjalan dalam usia setahun lebih sahaja. Sedikit lewat daripada kanak-kanak normal yang lain tetapi tidaklah selewat seperti anak-anak istimewa yang lain. Syukur Alhamdulillah.
Melihat dia membesar kami dapat rasakan bahawa Aiman ni bijak budaknya. Walaupun dia anak istimewa tetapi akal dia panjang. Ada jer perkara-perkara luar jangka yang dia buat dari sehari ke sehari. Pengasuh Aiman ada beritahu yang Aiman pernah berjaya meloloskan diri ke dapur yang pintunya biasa dikunci dan juga pernah menyusup ke bawah tangga dan membuka almari di situ. Katanya memang tak pernah ada anak jagaan yang buat macam tu. Hebat kan? Hehehehe.
Aiman sayang, Ayang tak sabar nak tengok Aiman besar. Macam mana kelakuan Aiman nanti agaknya? Macam adik Bengah yang popular tu ke nanti? :-) Semoga Aiman sentiasa dalam perlindungan Allah. Membesar dengan sihat hendaknya.
Tengoklah gaya dia menulis ni. Pandai kan?
Ni konon nak buat peace. Hehehehheeee...

No comments:

Post a Comment