Saturday, February 16, 2013

Brasil Open 2013 - QTF

Alhamdulillah Rafa berjaya menewaskan Carlos Berlocq 3-6, 6-4, 6-4 dalam pertarungan suku akhir  Brasil Open 2013 yang mendebarkan di Sao Paulo awal pagi ni. Dengan kemenangan tersebut Rafa bakal berdepan dengan Martin Alund (111) dari Argentina pada peringkat separuh akhir. 
 
Photo credit to www.foxsports.com.br
 
Sekira berjaya melepasi halangan separuh akhir, Rafa bakal berdepan dengan, antara Simone Boleli (80)  dari Itali ataupun David Nalbandian (93) dari Argentina yang telah mengejutkan pilihan kedua kejohanan ini, iaitu Nicolas Almagro (11) dari Sepamyol pada peringkat suku akhir. Dan seperti penyokong dan peminat Rafa yang lain aku juga mengharapkan Rafa akan berjaya menjadi juara Brasil Open 2013 ini. Insyaallah.
 
VAMOS RAFA!
 
 
Tengah syok-syok gembira dengan kemenangan Rafa rupanya ada berita yang mendukacitakan dari Rotterdam. Pujaan hati aku yang lagi satu, Roger Federer kalah mengejut di tangan Julien Benneteau 6-3, 7-5  pada pusingan suku akhir. Dengan kekalah tersebut Roger gagal untuk mempertahankan gelaran juara yang dimenanganinya pada tahun 2012 selepas menewaskan Juan Martin Del Potro (7) dari Argentina. Dan dengan kekalahan ini juga Roger akan kekurangan tidak kurang daripada 400 mata dan ini akan memberi ruang kepada Andy Murray untuk merampas gelaran pemain nombor dua dunia. Sedihnya. Nampaknya keduua-dua pemain pujaan aku ini terpaksa berhempas pulas sepanjang tahun 2013 ini untuk merampas kembali takhta pemain terbaik dunia daripada Novak Djokovic. Aku doakan kedua-duanya berjaya.
 
Photo credit to Mark Peterson/Corleve
FB Tennis Now

No comments:

Post a Comment