Thursday, February 14, 2013

Suppriseeeee!

Hari ni merupakan hari lahir ke-24 pelajar yang sedang menjalani latihan industrinya di tempat aku. Sempena hari lahir beliau, aku, Kak Hawa dan Mr. CC pakat-pakat nak buat small celebration sikit. Tajaan sepenuhnya oleh boss aku yang baik hati tu lah siapa lagi. Kami pakat-pakat order pizza. Kalau bab order pizza ni memang kerja aku lah siapa lagi. Siapa lagi yang lebih expert nak order pizza kat bahagian aku ni selain daipada aku kan. Jadi aku pun laksanakanlah tugasan dengan jayanya.  

Terkejut jugak Thira dengan dengan jamuan kecil tu. Terus merah padam muka dia. Dia ni memang kalau malu muka dia terus jadi merah pdam macam udang kena bakar. hehehehee. Dia malu dan terharu sebab dia buat praktikal kat tempat aku tak sampai pun sebulan sekali dapat supprise sempena hari lahir dia. Terkejut dan terharulah gitu. Ala apa nak malu dik. Bukannya sambutan besar-besaran pun. Kecil-kecilan jer.
 
Kepada Thira, akak ucapkan Happy 24th. Birthday ! I hope that the coming year provides you with all the success and fulfillment your heart yearns.
 

HAPPY 24th. BIRTHDAY
NUR ATHIRAH ABU BAKAR


Birthday Girl

Hidangan yang ditaja sepenuhnya oleh boss kami yang sangat murah hati

Inilah Supervisor Thira untuk bulan ni....

2 comments: