Tuesday, February 19, 2013

Lunch Pack

Nak tayang lunch pack hari ni. Suka sangat tayang lunch pack entah siapa nak tengok pun tak tau lah. Heheheeee...
 
Menu utama dari malam tadi dah fikir dah. hari ni nak masak pasta. Tapi side dishnya tak fikir pun. Jadi malam tadi aku dah keluarkan daging cincang dari freezer. Proses defrost semula jadi. :-) Tapi malam tadi aku tak check pun bahan-bahan lain. Check daging jer. Akibatnya bila nak masak pagi tadi, tomato ada sebiji jer, mix veggie takde, sosej takde. Huhuhuhu...Makanya jadilah pasta aku hari ni 'pasta apa yang ada je lah'...huhuhuuu....Aku cuma letak daging cincang, capsicum, mushroom dan corn. itu je je yang ada. Jalan je lah. Aku jugak yang nak makan kan? Kira ok je lah.
 
Lepas masak aku letaklah dalam container kesayangan aku. Lepas letak baru perasan. Alamak...lagi dua tempat tu nak letak apa? Biasanya aku asing carbo, protein n veggie. Jadi memandangkan hari ni semua dah lebur dalam pasta, dua tu tak tau nak isi apa. Fikir punya fikir, dapatlah idea, letak buah dan salad caca marba. Salad caca marba tu maknanya salad yang campur ikut suka hati aku jer. Tengok dalam peti ais lettuce dah habis stok.  Yang ada cuma timun. Hmm takkan timun je kan? Jadi aku dengan kreatifnya tambah lah jagung dan capsicum. Lepas tu aku letak dressing. Kan dah siap salad caca marba. Heheheheee.....
 
Inilah lunch pack aku hari ni. Selamat menjamu mata ya!  

2 comments:

  1. sy suka tgk lunch pack akak, ala2 western, n berkhasiat!

    ReplyDelete
  2. Ala-ala western ni senang dan cepat disediakan dik. Sebab tu lah akak pilih jenis makanan yang macam ni. Lagipun akak kan anak mat saleh...so makanan mcm ni mmg kegemaran akak..heheheh

    ReplyDelete