Skip to main content

Gangguan

Disebabkan workload yang melimpah ruah makanya hari ni aku terpaksa lagi datang pejabat untuk selesaikan apa yang patut. Janji dengan kawan nak datang pukul 9 lebih. sampai-sampai pejabat aku terus check dekat Pengawal ada orang ambik kunci tak. Sekali tu TAKDE...arghhhh...tak bestnya. Tapi sebab dah sampai maka aku pun ambillah kunci. Masa nak naik lif, aku ternampak kakak pengawal tengah jaga dekat dengan lif.
 
Dengan tak malunya aku cakap kat dia. "Kak, jom teman Aida naik atas. Teman bukak pintu jer. Aida dah masuk akak turunlah". Sekali dia cakap "Tak bolehlah Aida sebab akak kena jaga sini". Terus aku buat muka toya. Sekali dia kata, "ok jomlah. Akak teman sekejab". Aku pun melompat-lompatlah gumbira. :-)
 
Sampai je aras 10, aku buka pintu, pasang lampu. Aras 10 ni banyak pintu sebelum nak sampai tempat aku. Ada 3 pintu aku kena bukak sebelum masuk Bahagian aku. Masuk pintu pertama ok. Pasang lampu, pastu bukak pulak pintu kedua. Masuk pintu kedua, kitaorang pelik. Uishhhh...apsal ada lagu pulak ni? Ada orang ke? Ishhhh....Aku mula dah rasa tak best. Ada orang lupa tutup kot semalam. Tapi kan Pengawal jaga malam. Takkan diorg tak tutupkan. Aku dah muka cuak. Kak Midah kata takde apa lah Aida. Dia pun terus pergi check. Aku teus bukak pintu ketiga nak masuk tempat aku. Hati dah tak sedap. Kak Midah dok berlegar-legar nak tengok dari mana datang bunyi tu. Pastu dia pun masuk tempat aku. Sembang sikit, dia keluar . Dia cakap. Ehhh...dah tak bunyi dah lagu tadi. Haaaaaaaaaaaaaaaaa?????? apakah ituuuuu....huhuhuuuuuuu....Pastu dia sambil jalan cakap kat aku "takde apalah Aida jangan takut". Dia terus turun balik. Tinggal aku sorang. Aku rasa nak menjerit pun ada. Huhuhuhuuuuuu....
 
 
 
(Pic credit to khalilullah.comze.com)

Comments

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah