Tuesday, February 12, 2013

Mari Membaca!

Hari ni aku berjaya juga menghabiskan pembacaan novel yang dah sekian lama aku tinggalkan. Bukan tak minat membaca tapi aku sedikit bosan dengan novel melayu yang selalu berkisah tentang perempuan atau lelaki cantik kaya, bercinta, mendapat tentangan dan akhirnya bersatu dan hidup bahagia selama-lamanya. macam fairy tales pulak kan.
 
Dulu masa awal remaja memang aku suka baca novel-novel Ahadiat Akashah. Bila sedikit dewasa aku mula berkenalan dengan Aisya Sofea, Anis Ayuni, Norhayati Berahim dan Sharifah Abu Salem untuk buku Melayu dan Danielle Steel untuk buku Inggeris. Tapi sampai satu ketika aku mula rasa sedikit bosan dengan cerita perempuan cantik dan lelaki hensem ni. 
 
Daripada novel cinta aku mula beralih kepada buku motivasi dan buku agama pula. Buku motivasi dan buku agama ni aku tak kira penulis. Semua aku bedal asalkan tajuknya menarik. Tapi bila sampai saaat kerja dah semakin melambak dan aktiviti sosial dah semakin berkembang aku mula tinggalkan dunia pembacaan ni. Tak sempat, takde masa tu lah antara alasan yang aku bagi kepada diri sendiri. Teruk betul kan?
 
Tapi alhamdulilah aku dah kembali semula membaca ni bila trainer aku, Ammar Yassir pinjamkan aku satu buku dan minta aku baca. Buku ni buku ayah dia. Bagus untuk motivasi diri. Ni buku dia....Aku sangat suka buku ni. Cuba cari di kedai-kedai buku tapi tak jumpa. Sedih betul. Sampai hari ni aku masih mencari kalau pergi mana-mana kedai buku dan juga pameran buku.
 
 
Lepas baca buku tu aku mula baca buku Anthony Robbins yang lain. Antaranya...
 

 

Bila aku dah mula berusaha untuk mengurangkan berat badan aku mula berminat dengan bidang health and fitness.  
 
Tapi aku masih belum mula baca novel lagi sehinggalah satu hari tu aku tengok kawan aku dok membeli novel melayu bertimbum-timbun. Aku pun terdetik nak baca balik lah novel cinta melayu. Jadi novel pilihan aku adalah novel yang ditulis oleh rakan sepejabat aku sendiri, Aleya Anessa, Aku pilih novel pertama yang dihasilkan oleh beliau yang berjudul, Aku Milikmu.
 
 
 
Yang menariknya aku dapat buku ni dari beliau sendiri. Aku rancang nak beli tapi buku tersebut tiada dalam pasaran. Jadi aku pinjamlah daripada beliau. Rancang nak baca dalam masa satu dua hari je, Tapi gagal. Bukan cerita tak best tapi aku rasa minat aku telah beralih kepada bidang yang lain. Jadi untuk menghabiskan novel ini aku hanya memerlukan masa hampir satu minggu dari hari pertama aku membacanya. Sedangkan seingat aku pada zaman remaja dulu setebal mana pun sesebuah novel cinta seperti ini aku hanya memerlukan satu atau dua hari sahaja untuk menghabiskannya. Huhuhuuu....Aleya Anessa, maafkan akak ya. Akak kagum dengan hasil kerja awak. Dan kagum juga dengan novelis yang lain. kalian memang hebat. Cumanya minat aku untuk membaca novel cinta melayu seperti dulu belum kembali lagi. Huhuhuuuu....
 
Walau bagaimanapun, aku masih membaca novel lagi cumanya bukan novel cinta. Novel yang sedang dalam pembacaan aku sekarang adalah....

 
 
Kalau nak tau buku ni pasal apa, kenalah tunggu aku habis baca dulu ya. Entah ya ke tak aku nak buat review ni aku pun tak tau. Apa-apapun tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

No comments:

Post a Comment